CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 1

Siapa Pribumi Malaysia?

[Copy link]
Post time 18-6-2014 06:39 PM | Show all posts |Read mode




Haji Julaihi Haji Suut
with Winnie Hannie Exezrienna
(*EDIT. Ada orang meroyan. Cadangan diterima -- Hentam Ibrahim Ali sahaja. Ini cerita pergaduhan di antara nenek moyang Julaihi dan nenek moyang Ibrahim Ali. Orang lain jangan masuk campur.)
__________
Pakcik mengaku berasal dari keturunan bercawat di Sarawak. Nenek moyang pakcik dulu semua pakai cawat. Orang Putih dan pedagang Cina belum pijak kaki lagi di Kuching.
Dulu-dulu, cawat dilihat sebagai pakaian rasmi. Sekarang, selepas kami tahu bersongkok dan bersampin, cawat dilihat sebagai simbolik kebanggaan dari sudut archaeology. Kena ejek pun tak apa. Masih berbangga. Kerana cawat juga bermakna pakcik adalah keturunan Orang Asal Malaysia.
Kalau keturunan lain boleh berbangga melebih-lebih dengan asal-usul mereka sehingga sanggup mencerca keturunan bercawat, apa salahnya pakcik pulangkan paku buah keras. Semoga teguran ini boleh membuat kita sama-sama boleh bersetuju dengan keputusan SERI... dan selepas ini berhenti lah hina-menghina.
Di mata pakcik sebagai anak watan Bumi Kenyalang, mereka semua di Malaya adalah pendatang. Di mata pakcik, pakcik adalah benar. Mungkin di mata mereka, mereka adalah benar. Itu hal mereka dengan mitos mereka.
Pakcik dan mereka berkongsi buku sejarah yang sama di zaman persekolahan dulu. Sejarah itu kata nenek moyang pakcik adalah manusia bercawat. Setuju. Sejarah itu juga kata nenek moyang mereka adalah manusia pendatang. Setuju.
Nenek moyang pakcik semuanya pakai cawat. Memang lucu. Mereka di Malaya pun lucu-lucu juga. Sesama pendatang pun menuduh pendatang lain sebagai keturunan pendatang. Bak kata omputih, Pot calling kettle black. Pandai mengata orang tapi dia pun dua kali lima dengan orang itu.
Seorang warga pendatang yang paling melucukan ialah Ibrahim Ali. Sampai ke London England dia buat ceramah kononnya nenek moyang dia adalah keturunan empunya Malaysia. Kononnya nenek moyang dia adalah Tuan Malaysia, dulu, sekarang dan selamanya.
Eh, bang, kalau nak cakap besar pun berkira-kira lah okay. Kerana sepanjang pengetahuan pakcik, nenek moyang pakcik yang bercawat lah yang lebih berhak mengaku Tuan Malaysia, termasuk nenek moyang awak pun kena tunduk hormat pada nenek moyang pakcik. Jangan awak nak kurang hajar. Walaupun kita sama Islam, tapi Seniority kena hormat jugak okay.
Dan jangan awak nak tiru alasan Orang Barat -- "The winner writes the history" --, kerana di antara pakcik dan awak belum tentu lagi siapa jadi winner. Itu kepala bapak engko ini kepala bapak aku, kalau engko berani engko datang sini pijak kepala bapak aku.
Kalau tak berani, awak dengar sini baik-baik. Selagi Malaya berada dalam Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak, selagi itu lah nenek moyang pakcik lebih senior daripada nenek moyang awak. Faham?
Kalau awak tak suka ditegur oleh Orang Asal Tuan Julaihi, silakan awak berusaha bawa Malaya keluar dari Malaysia. Atau awak boleh anjurkan Referendum Malaya keluar dari Malaysia. Jangan ganggu SabahSarawak lagi. Awak buat lah history awak sendiri di negara baru itu nanti. Pakcik tak akan pijak-pijak kepala bapak awak lagi. Selamat tinggal.
Silakan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2020 01:36 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Pacit bebel hapa ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.236786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list