CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 7

Mengapa saya tidak bertudung

[Copy link]
Post time 26-6-2014 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa saya tidak bertudungPAPARAN ISTIMEWA JUNE 25, 2014

(Makalahh dibawah ditejemahkan dari makalah Bahasa Inggeris oleh Lamya Kaddor yang berjudul “Why I as a Muslim Woman Don’t Wear a Headscarf”. Sekadar perkongsian.)

Adakah kitab suci Al-Quran benar-benar mengkehendaki wanita untuk mengenakan tudung? Atau ia hanyalah suatu tradisi orang lama yang mempercayai mereka boleh menetapkan bagaimana pemakaian seorang wanita – tanpa ada asas agama atau seumpamanya?

Lamya Kaddor, iaitu seorang Ilmuwan Islam di German mengatakan bahawa tiada persoalan tentang pemakaian ini kerana baginya pemakaian tudung adalah sudah tidak relevan.

Jika saya – sebagai seorang wanita Muslim yang menetap di German – bertanya kepada diri saya adakah saya perlu memakai tudung atau tidak, ia akan membawa kepada persoalan tentang pengertian yang dinyatakan di dalam alQuran tentang suruhan untuk menutup kepala dalam surah al-Azhab ayat 59, adakah ia masih memenuhi tujuan asal untuk melindungi wanita daripada nafsu lelaki.

Jawapan saya adalah tidak. Dalam suasana kontemporari di German, tindakan menutup kepala tidak lagi memenuhi tujuan asalnya. Bahkan, ianya membawa kepada sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh tuhan dengan mendedahkan pemakai tudung untuk didiskriminasi.

Realiti sekarang

Jika kita lihat, pada hari ini, perlindungan yang diberikan daripada ’gangguan-gangguan’ ini telah telah dapat diberikan melalui sistem undang-undang yang berfungsi dengan baik dan bukannya dengan kepatuhan kepada peraturan sosial dari masa lalu.

Sebuah negara yang bebas yang berdasarkan kedaulatan undang-undang akan melindungi para wanita, contohnya menghukum orang yang melalukan serangan terhadap wanita. Perlindungan ini bertujuan utama untuk menjaga maruah.

Namun, manusia di zaman moden ini perlu lebih bertanggungjawab untuk dirinya sendiri dalam lingkungan kebebasan yang diterima termasuklah dalam keteguhan moral. Bagi saya, dengan menutup kepala sahaja tidak mengecualikan seseorang itu terlepas daripada tanggungjawabnya. Saya tidak boleh berselindung atau hanya berasa selamat disebalik sehelai kain sahaja.

Sebuah negara yang bebas dan berdemokrasi seharusnya memberikan hak dan juga menuntut tanggungjawab. Dalam keadaaan yang demikian, saya mampu untuk berkelakuan dengan baik, tidak kira saya memakai tudung atau tidak, atau berkelakuan sebaliknya.

“Fesyen” ketika zaman AlQuran diturunkan?

Jika hujah ini diterima, maka seseorang boleh mengabaikan suruhan untuk mengenakan pakaian tambahan untuk menutup kepala kerana ianya ditujukan kepada wanita di zaman Arab pada awalnya. Apa yang masih kekal pada mulanya adalah konsep “khimar” iaitu tudung kepala yang menjadi sebuah tradisi pakaian yang normal pada masa itu. Quran tidak menghalang atau menegaskan berkenaan cara pemakaian yang sebegitu rupa.

Perhatikan, Tuhan hanya menggunakan perkataan itu sekali sahaja (24:31). Ia digunakan untuk merujuk kepada nilai moral seseorang. Maka, tiada penegasan dalam Al-Quran berkenaan tentang pemakaian tudung ataupun penutupan kepala. Tidakkah, jika tuhan mengkehendaki kita untuk memakai penutup kepala, Dia akan menyatakan dengan jelas dan secara spesifik dalam Al-Quran?

Oleh itu, “khimar” yang dimaksudkan itu hanyalah menjadi simbolik kepada elemen fesyen yang selari dengan semangat pada zaman itu. Secara rasionalnya, fungsi tudung atau penutup kepala itu, dalam sejarah, sama ada kita sedar atau tidak sedar – seperti untuk berlindung daripada pasir, pengaruh jahat – kesemuanya ini sudah ketinggalan dan tiada siapa yang boleh mengatakan itulah tujuan yang sebenar. Kita melihat bahawa keupayaan imiginasi manusia kian berubah.

Dalam abad ke-21 ini di German, fesyen rambut seorang wanita tidak lagi menjadi daya rangsangan kepada lelaki. Dengan melihat rambut perempuan sahaja tidak lagi meningkatkan nafsu seksual dan merangsang untuk melakukan tindakan yang tidak bermoral – melainkan kepada orang yang mempunyai citarasa sex yang ganjil. Apabila anda berjalan di kawasan pejalan kaki di bandar-bandar, tiada sesiapa yang akan tergoda semata-mata kerana rambut kamu. Hanya jika anda berpakaian yang menjolok mata, atau secara yang betul-betul unik dan berkelakuan sebegitulah akan adanya perhatian yang memudaratkan.

Tambahan pula, lelaki pada zaman ini bukanlah lelaki yang berfikiran seperti beribu tahun dahulu. Kita seharusnya berterima kasih dengan pencapaian kebebasan dan negara demokrasi yang kita kecapi dan juga kefahaman tentang hubungan antara jantina. Kita tidak lagi memerlukan tudung untuk memastikan kehidupan yang bermoral. Penggunaan tudung telah menjadi suatu yang tidak relevan.

Prejudis terhadap wanita (misogyny) oleh sebahagian Ulama’

Kefahaman golongan ortodox pada hari ini tentang kewajipan bertudung adalah berdasarkan tafsiran Ulama’ terdahulu yang hidup beberapa generasi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Kita boleh mengikuti pandangan mereka, tetapi, mereka bukan maksum. Sebagai manusia biasa, Ulama’ juga boleh melakukan kesilapan. Golongan konseravatif dan fundamental seringkali mengulangi bahawa kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Assunnah. Mereka sering berkata bahawa pandangan ini bersesuaian dengan apa yang diturunkan ketika zaman Nabi dan di awal kedatangan Islam.

Walaubagaimanapun, sebenarnya, pandangan ini adalah berdasarkan idea-idea Ulama’ yang hidup 600 tahun kemudian – seperti Ibn Qudama (meninggal : 1223), Ibn Taimiya (meninggal : 1328) dan anak muridnya, Ibn Qayim al Jawziya (meninggal 1350). Mengenang kembali struktur sosial yang patriarki ketika itu, adalah tidak memeranjatkan apabila tafsiran terhadap berkenaan hubungan antara gender juga tidak berpihak kepada wanita meskipun ia bertentangan dengan pembelaan terhadap wanita yang boleh dilihat dalam Al-Quran secara keseluruhan. Ia juga tidak memeranjatkan kerana melihat kepada prejudis yang telah ada terhadap wanita, yang ditunjukkan oleh ramai Ulama’ dalam sejarah Islam. Ini dibuktikan dengan tidak semena-menanya malu itu dikaitkan dengan suruhan untuk menutup kepala. Surah AnNur ayat 30-31 menyuruh lelaki dan wanita keduanya untuk menjaga akhlak, namun, tafsiran Al-Quran sehingga kini menekankan keperluan berakhlak itu hanya kepada wanita.

Bukan simbol politik

Arahan daripada Al-Quran untuk berpakaian yang sopan dan berakhlak merupakan suatu tuntutan agama, tetapi sering difahami sebagai keperluan untuk berpakaian dengan cara yang ‘sesuai’. Seorang wanita beriman memahami ini sebagai bahagian tubuh wanita yang pada hari ini menjadi rangsangan terhadap keinginan sexual seharusnya ditutupi. Maka, apa yang ‘sesuai’ itu, seharusnya diserahkan kepada pertimbangan matang wanita itu sendiri, memandangkan tiada sumber jelas dan kukuh daripada Islam. Namun, pada masa kini, apa yang diamalkan adalah orang-orang tua dalam kalangan lelaki sama ada berilmu atau tidak, yang menentukan bagaimana wanita seharusnya berpakaian tanpa ada sumber dalil atau asas sosiologi.

Situasi yang sama juga, apabila tudung itu menjadi kayu ukuran kepada keimanan sedangkan ia tidak pernah ditunjukkan atau digambarkan dalam sepanjang sejarah Islam. Gambaran bahawa tudung menjadi simbol penyatuan umat Islam juga tidak ada dalam sejarah. Tambahan pula, ia menjadi simbol yang sering dipolitikkan, yang timbul dalam perbincangan-perbincangan semasa yang berdasarkan sejarah, tidak mempunyai dasar yang kukuh, tetapi memberi makna kepada masyarakat. Ia hanya berlaku sejak akhir-akhir ini, sebagai suatu elemen penolakan terhadap pengaruh barat terhadap dunia Islam.


Mengenai penulis: Lamya Kaddor dilahirkan pada 1978 di Ahlen, Westphalia. Beliau merupakan anak perempuan kepada keluarga pelarian daripada Syria. Beliau menumpukan pelajarannya dalam bidang pengajian Islam. Kemudiannya beliau memegang jawatan sebagai pelatih guru Islam di Münster University. Bukunya yang terbaru berjudul: Her most recent book is “Muslimisch – weiblich – deutsch! Mein Leben für einen zeitgemäßen Islam” (Muslim – Female – German! My Life for an Islam in Keeping with the Times) yang diterbitkan C.H. Beck Verlag, Munich 2010.


- See more at: http://www.projekdialog.com/feat ... thash.AZCUiCyI.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 09:08 PM | Show all posts
Niat tak menghalalkan cara
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:44 PM | Show all posts
Menjawap je la nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:09 PM | Show all posts
selain tudung, bagai mana pula dengan fesyen baju?
adakah fesyen baju berkemban menampakkan lurah sudah pun releven kini?
atau baju pendek menampakkan paha sudah sesuai dengan zaman sekarang?

penjelasan lanjut diperlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:28 PM | Show all posts
Kalau dh xnak pakai..mcm2 la hujah kluar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:54 PM | Show all posts
tak yah pakai tudung pun takpe.. asalkan tutup aurat.. ko letak kotak atas kepala pun xde masalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2014 03:05 PM | Show all posts
rosaknya akhlak seorang wanita apabila hilangnya sifat malu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:02 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bagi aku kalau memang asal tak pakai tudong takpe... Jangang flip flop sudah...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.543574 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list