View: 2643|Reply: 2
|
teluk chempedak, tempat yg tidak selamat utk mandi laut ?
[Copy link]
|
|
Kuantan: Seorang penuntut Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah ditemui lemas ketika mandi di Pantai Teluk Cempedak, di sini, kira-kira 2 petang ini.
V Saravanan, 18, lemas selepas ditelan arus deras selepas mandi bersama rakannya.
Sebelum kejadian, mangsa diberi amaran oleh pengawal pantai supaya tidak mandi ke pantai berkenaan berikutan bendera merah yang menandakan keadaan laut bergelora dinaikkan.
Bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan amaran berkenaan dan terus mandi sebelum rakan terkapai-kapai sambil menjerit minta tolong manakala mangsa tidak kelihatan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.10 petang dan dua anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.
"Rakan mangsa berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai yang berada di tempat kejadian dan kita melakukan gerakan mencari mangsa yang hilang di kawasan berkenaan.
"Mayat mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam laut, kira-kira 2.30 petang. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi.
Tamat
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02 DISYORKAN
Weigang melampau!
‘Tak rasa apa-apa pun’
Mayat lelaki ditikam ditemui
‘Saya harap kalian hidup aman’
Recommended by
DARI SELURUH LAMAN WEB Recommended by
0 0Google +0 0 0
Artikel Lain
VideoLagi Video
Paling Popular
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jin kat pantai tc.hati2. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|