View: 2969|Reply: 10
|
kantoi curi tablet di bazar buluh kubu
[Copy link]
|
|
- Farezah meneliti rakaman CCTV yang merakam pergerakan lelaki berkenaan.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KOTA BHARU - Gerak-geri seorang lelaki berwajah kacak mencuri tablet di sebuah kedai kain di Bazar Buluh Kubu, di sini, 2 Ogos lalu terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pemilik kedai terbabit.
Lebih memalukan apabila gambar dan video berdurasi selama 3.56 minit itu kini tersebar serta menjadi viral di laman sosial Facebook.
Rakaman tersebut memaparkan pergerakan seorang lelaki berusia 20-an yang memakai baju T berwarna biru cerah dan berseluar kelabu serta berkasut biru gelap sedang memilih kain.
Namun, tiba pada minit ke 3.51 dalam rakaman itu, lelaki berjanggut nipis tersebut dilihat perlahan-lahan mengambil tablet berjenama Samsung yang diletakkan di atas meja kaunter dengan tangan kanan dan menyorokkan ke dalam baju sebelum berjalan keluar dari kedai terbabit.
Tidak sangka jadi mangsa
Sinar Harian menemui pemilik kedai, Farezah Ramli, 33, di kedainya di Bazar Buluh Kubu bersebelahan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, Farezah berkata, dia tidak menyangka akan menjadi mangsa kerana sebelum ini dia ada terdengar heboh diperkatakan berlaku kejadian curi di bazar itu sejak sebulan lalu.
Menurutnya, lelaki terbabit datang dari arah kanan laluan pejalan kaki lalu masuk ke kedainya pada jam 1 tengah hari dan berpura-pura mahu membeli kain.
“Ketika itu, saya anggap dia hanya mahu melihat-lihat sahaja tetapi apabila diberitahu dia ingin mengambil kain secara borong untuk dijual di pasar malam, saya layan dia seperti biasa,” katanya.
Pun begitu, Farezah mula mengesyaki sesuatu tidak kena kerana lelaki terbabit seperti melengah-lengahkan pergerakannya menyebabkan dia berhati-hati dan sentiasa memerhatikan lelaki itu.
“Dalam keadaan saya beringat-ingat, seorang pelanggan tetap saya datang dan bertanyakan tudung yang ditempah. Ketika saya berbual dengan pelanggan wanita tersebut, tidak sampai pun seminit saya berpaling ke dalam kedai melihat lelaki berkenaan telah berjalan keluar.
“Lima minit selepas itu baru saya perasan tablet milik anak yang diletakkan di atas meja hilang,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh kes mamat jahat ni. kalau dapat tangkap kasi penjara belas tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
dasar pencuri hurmm menyusahkan orang je |
|
|
|
|
|
|
|
kita tunggu dan lihat... lepas ni kalau org yg tgk video ni insyaAllah ade yg kenal, pakat ramai2 korek biodata.. nama penuh, no plat kete muto etc, kije ape, alamat rumah, semua laaaaaa kita pakat tunjuk.
ini utk pengajaran bukan utk membuka aib sesiapa, supaya lps ni penjenayah malu nk buat jahat. sb akan ditelanjangkan segala maklumat di media. kompem 7 keturunan ingat.. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 7-8-2014 08:19 AM
kita tunggu dan lihat... lepas ni kalau org yg tgk video ni insyaAllah ade yg kenal, pakat ramai2 ko ...
tau xpe
kasi diorg beringat2 sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
gusikuberdarah posted on 7-8-2014 09:46 AM
tau xpe
kasi diorg beringat2 sikit
lepas ni kena hencap dengan ummah.. kompem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah melihat apa yang anda buat...walau pun cctv tak adaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
report polis jer,kasi masuk lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah cepat dilaksanakan hudud |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni orang selalu fikir, orang yang wat jahat selalunya buruk-buruk, tak hensem, muka penyagak jew..
X sangka orang hensem pun pencuri jugak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|