CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutera_abadi

Singapore Highlights

[Copy link]
Post time 25-2-2009 11:44 AM | Show all posts

Berita Harian...

CERAMAH SEKS DAN PENYAKIT KELAMIN

SATU ceramah mengenai permasalahan seksual dan remaja yang terlibat dalam hubungan seks luar nikah tanpa mengetahui risiko penyakit kelamin akan diadakan pada Sabtu, 14 Mac.

Ceramah anjuran Balai Rakyat Dover dengan kerjasama Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) itu akan diadakan di balai tersebut di Blok 1, Dover Road pada 4.30 petang.

Penceramahnya terdiri daripada pakar-pakar motivasi daripada SuChi Success Initiatives Pte Ltd.

Mereka yang ingin hadir dikenakan bayaran $10 seorang dan ini termasuk untuk jamuan barbeku.

Turut tampil di acara itu nanti ialah penyanyi Hyrul Anuar. Sila telefon 6777-4234 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 07:46 AM | Show all posts
CERAMAH KOMPLIKASI BEDAH LASIK

APAKAH yang boleh dilakukan jika anda mengalami komplikasi akibat pembedahan lasik di mata?

Dapatkan jawapannya dalam ceramah awam yang akan diadakan pada Sabtu, 7 Mac ini di Function Room, Pusat Perubatan Camden dari 10 pagi hingga 1 petang.

Ceramah anjuran syarikat Pharmaplus ini akan disampaikan oleh konsultan pakar optalmologi, Dr Jerry Tan, yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang rawatan penglihatan mata dan pakar bidang kornea.

Bayaran $10 seorang dikenakan. Ia termasuk pemberian buku The Laser Way to Better Sight oleh Dr Tan, jamuan ringan dan baucar Pharmaplus.

Untuk hadir, sila daftarkan nama dengan menelefon 6235-8332.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 05:59 PM | Show all posts

Reply #363 sutera_abadi's post

yay yay yay.. nilah yg kita sedang nanti-nantikan.. tku Sut for informing kitaorg;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 08:45 AM | Show all posts
Upcoming sales

1-for-1 lunch @ all Swensens
Order any food item from ala carte menu & get another free
Valid till 30 June 09
11am - 2pm on weekdays
  

The Lingerie Shop - Knock-out Sale
Up to 90% Ladies & mens
Till 16 March
Mon-Sat 11am - 7.30pm
Sun 12pm - 5pm
B1-07 Palais Renaissance ......... ala besok last pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 03:29 PM | Show all posts


Halal 2009
19 March 2009 - 22 March 2009

Event type :   Lifestyle
Venue :   Hall 6B and Atrium 6
Admission :   Public - Free Admission
Event Schedules :    Time: 10am to 10pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2009 07:30 AM | Show all posts
Singapura : 27 Mac 2009         
  
DIARI

Syarahan


MASJID AL-AMIN:
'Mencedok Pelajaran Dan Amalan Al-Quran Dan Sunah Rasulullah saw' oleh Drs H. M. Noor Tijany, esok, selepas solat isyak.

MASJID HASANAH:
'Keistimewaan Sahabat Rasul' oleh Ustaz T. M. Fouzy T. M. Jumat, Isnin, selepas isyak.

MASJID AL-MUTTAQIN:
'Wasiat Rasulullah saw sebagai Amanah Diabaikan' oleh Ustaz Ismail Kamus, esok, selepas solat isyak.

QARYAH KEBAJIKAN ISLAMIAH SERANGOON
(Qaryah 2 Masjid Al-Istiqamah): 'Jiran Sebelum Rumah' oleh Ustaz Mohd Khidir Abdul Rahman, esok, di Kolong Blok 325, Serangoon Avenue 3, mulai 8 malam.

MASJID AL-ISTIQAMAH:
'Kata-Katanya Mutiara, Amalannya Panduan Sepanjang Masa' oleh Ustaz Kiyai Mamfizam Bakaram, esok, selepas solat isyak.

LPM MASJID AL'FIRDAUS:
'Cinta Rasul... Sedalam Mana Cinta Kita?' oleh Ustaz Kamaruzaman Affandi, esok, 7.45 malam, di Blok 351A Choa Chu Kang Central (antara Blok 351 & 352).

MASJID AL-ANSAR:
'Kesungguhan Nabi Pilihan (saw) Dalam Menempuhi Cabaran' oleh Ustaz Saripi Rawi, esok, 8.45 malam, di Dewan Serbaguna Masjid Al-Ansar, Aras 2.

Program Bicara Hawa


MASJIS AL-ISTIQAMAH: 'Tak Lemas Bila Diduga, Tak Hanyut Bila Dicabar'. Tip-tip Penyeleraian buat wanita oleh Ustaz Hassanuddin Bin Yunus, Rabu (1 Apr), 9 pagi.

Fiesta Makanan

MASJID AL-AMIN:
Berlangsung esok, 8 pagi-4 petang, di tempat meletak kereta Masjid Al-Amin.

Maulidur Rasul

MASJID KG PASIRAN:
'Muhammad saw Adalah Insan Agung' oleh Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Fauzi, esok, selepas solat asar.

MASJID HASANAH:
'Tak Kenal Maka Tak Cinta' oleh Ustaz Md Suhaimi Md Fauzi & Ustaz Azmi Rabbani, esok, selepas isyak.

MASJID AL-MUTTAQIN:
'Kasih Sayang Allah Dan Rasul Kepada Umat' oleh Ustaz T. M. Fouzy T. M. Jumat, lusa, selepas solat isyak.

Kuliah/Qiamullail

MASJID AL-IMAN:
Kuliah subuh 'Ayah Mintak Kawin Lagi! Sunah Atau Alasan?' oleh Ustaz Syed Nasir Alsagoff, lusa. Qiamullail lusa, 4 pagi dan kuliah isyak 'Ibadah Sempurna' oleh Ustaz Noor Tijany, setiap hari Rabu.

MASJID AL-HUDA:
Qiamullail dipimpin oleh Ustaz Ahmad Ali, lusa, 3 pagi.

Ceramah

PPIS (EUNOS): 'Tipah, Jangan Tertipu Lagi (isu-isu penyesuaian)' oleh Cik Enon Mansor. Siri ceramah khas untuk wanita 50 tahun ke atas, 9.30 - 11.30 pagi di Blok 1 Eunos Crescent #01-2509, 1 April ini. Untuk pendaftaran sila hubungi 6745-9519.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2009 10:56 AM | Show all posts
Majlis Maulidur Rasul & Selawat dgn Para Ulama, Opick, Ustz Shafi &  Ex-National Footballers
Bertempat : National Stadium
Tarikh:          Sabtu 11 April '09.
Masa:           6 ptg

Sesiapa yang ada hajat untuk membawa para hadirin dari satu tempat selain di MRT Kallang, pihak penganjur boleh mengaturkannya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Salam Ukhuwah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 09:35 PM | Show all posts

Reply #368 sutera_abadi's post

besh sey..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 12:53 PM | Show all posts
Singapura : 18 April 2009         
  
HARI IBU BERSAMA BH-SUTRA

PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI HADIRIN

Oleh
Zawiyah Salleh

MENJELANG Hari Ibu, suami dan anak-anak sibuk mencari hadiah istimewa untuk wanita yang tersayang.

Namun, anda tidak perlu mencari hadiah di pelbagai tempat, sebaliknya bawalah wanita kesayangan anda itu berhibur meraikan Hari Ibu bersama BH-Sutra, yang akan berlangsung pada 9 Mei ini di Raffles City Convention Centre, Fairmont Hotel, mulai 1.30 petang.

Pelbagai hadiah istimewa buat ibu ditawarkan dalam cabutan bertuah, dan siapa tahu andalah orang yang akan memenangi hadiah pertama berupa satu set meja makan dan enam kerusi jenis Virgina bernilai $1,799 daripada Picket & Rail.

Gedung perabot Picket & Rail turut menyumbang hadiah kedua berupa set kerusi meja makan bernilai $1,273 yang dikenali sebagai Manhattan, dan tiga hadiah sagu hati dengan setiap satu bernilai $99.

Hadiah-hadiah lain yang menanti hadirin bertuah ialah tiga cerek Turbo Italia bernilai $89 setiap satu dan tiga buah ketuhar table top bernilai $148 setiap satu daripada Happines Pte Ltd, kek Hari Ibu daripada Swensen's dan peralatan solek Wardah Halal Kosmetik.

Sambil menikmati jamuan petang, anda dijangka 'pecah perut' dengan telatah Raja Azura@Kak Engku, pelakon dan deejay terkenal dari Malaysia, bersama A.B. Shaik dari Singapura.

Anda juga akan dihiburkan oleh Elly Mazlein, seorang pelakon yang kian popular.

Antara dramanya yang baru ditayangkan di sini ialah Bella dari Malaysia.

Selain berlakon, Elly, yang juga seorang penyanyi, akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagunya yang popular.

Penyanyi veteran yang tidak asing lagi, Ismail Haron, pula akan membawakan lagu-lagu malar segarnya, sementara penyanyi baru yang lagu-lagunya sering diperdengarkan melalui radio, Didicazli, akan turut menghiburkan anda.

Sementara itu, pembaca majalah Sutra yang membawa keratan muka surat promosi majalah tersebut berserta butir diri pada majlis Hari Ibu nanti akan berpeluang memenangi hadiahhadiah menerusi cabutan bertuah Sutra.

Terdapat empat jam tangan Esprit bernilai $169 setiap satu yang boleh dimenangi, manakala hadiah istimewa ialah meja solek lengkap dengan bangkunya bernilai lebih $300.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 02:38 PM | Show all posts

Hotel yang terdekat

ada sapa-sapa boleh bantu saya. hotel yang terdekat dengan alamat seperti di bawah ini:-

1)        MPH Distributor Singapore
No. 12 Tagore Drive, Level 3, Habitat Warehouse, Singapore 787621

2)        WINA Distributors
209-A, Upper Thomson Road, Singapore 574347

Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #371 mrcom's post

MPH Distributor Singapore
No. 12 Tagore Drive,






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:19 PM | Show all posts

Reply #371 mrcom's post

WINA Distributors
209-A, Upper Thomson Road, Singapore 574347



Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:21 PM | Show all posts
so...anyone yg mahir bab2 hotel tu...
boleh la bagitau hotel mana yg paling dekat dgn area bertanda 'star' tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:36 PM | Show all posts

Berita Harian Sg....

Ekstra! : 2 Mei 2009         
         
AKTIVITI

ACARA BERZANJI DI ESPLANADE


ACARA berzanji yang biasanya disajikan dalam majlis-majlis keagamaan, buat julung-julung kalinya akan berkumandang di Esplanade Teater Di Pesisiran pada 6.30 pagi dan 6.30 petang esok.

Ia merupakan sebahagian daripada nyanyian kerohanian yang disertakan dalam acara terbaru yang diperkenalkan pusat kesenian berprestij itu, diberi nama Dewangga Muzik Suci (A Tapestry of Sacred Music).

Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, mengetengahkan pelbagai bunyian dan pergerakan yang dianggap oleh pembawanya sebagai penenang jiwa. Ini termasuklah nyanyian marhaban, qawwali, dikir kerohanian, serta syair-syair yang dipetik daripada kitab-kitab agama.

Pegawai perancangan Esplanade, Cik Norhayati Yusoff, berkata acara itu diperkenalkan sebagai menguatkan peranan muzik sebagai wadah yang mampu melintasi sempadan kaum dan bangsa.

'Dalam menghadapi suasana kemurungan ekonomi, kami harap usaha untuk meraikan bunyi-bunyian penenang jiwa - yang telah banyak melalui perubahan dari generasi ke generasi - akan dapat memberi satu kesegaran kepada setiap individu dan memulihkan semangat kita sebagai sebuah masyarakat,' kata Cik Norhayati.

Berikut adalah antara acara percuma yang boleh anda ikuti hari ini dan esok:

# Seruan Subuh dan Singgah Senja di kawasan dermaga, Esplanade Waterfront, diadakan pada 6.30 pagi dan 6.30 petang. Pengunjung akan diajak berdikir beramai-ramai, diikuti dengan senaman mudah termasuk qigong, yoga dan silat.

Acara serupa akan diulang pada 6.30 petang, diberi nama Singgah Senja (Sunset Sojourn), dengan pergerakan senaman dibuat sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Marhaban Rabitah (gabungan kumpulan Nur Hikmah dari Masjid Ar-Rabitah, Almadani dari Yishun dan Ilhan Damai) merupakan antara yang akan membuat persembahan pada 3 Mei, meliputi acara salawat, nasyid dan marhaban pada 6.30 pagi dan 6.30 petang.

# Irama Suci di Teater Terbuka Esplanade. Acara tradisional seperti persembahan gamelan dan Bali dari kumpulan Mekar Bhuana akan menemui orang ramai pada 7.15 malam.

# Strings

Strings berlangsung di Esplanade Concourse (ruang legar), mengetengahkan keindahan bunyian gemersik alat muzik tradisional Jepun, shakuhachi, oleh mahaguru Hideyuki Ueno.

# Seni Visual

Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat, kumpulan-kumpulan belia dan warga tua serta golongan kurang upaya telah diundang pihak Esplanade untuk mempelajari seni lukisan khat daripada seniman tempatan, Encik Abu Jalal Sarimon, dan Cik Rohaya Majid.

Mereka akan mengendalikan bengkel lukisan khat hari ini dan esok, dari 5 petang hingga 9 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 07:23 AM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 23 Mei 2009         
         
MASJID AL-AMIN ADAKAN PAMERAN PEKERJAAN HUJUNG BULAN INI


Oleh
Norhaiza Hashim

DALAM suasana ekonomi yang suram ini, semakin ramai individu menganggur yang tinggal di sekitar kawasan Masjid Al-Amin datang ke masjid tersebut untuk meminta bantuan kewangan.

Memandangkan terdapat keperluan membantu mereka, Masjid AlAmin buat julung-julung kalinya akan mengadakan satu Pameran Pekerjaan Mini@Masjid Al-Amin.

Ia akan diadakan di Dewan Serbaguna masjid di Telok Blangah Way itu pada 31 Mei ini dari 9 pagi hingga 1 petang.


Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Tanjong Pagar, Kelab Masyarakat Radin Mas dan Rangkaian Usahawan Bersama Singapura (Mendaki Sense).

Beberapa syarikat, termasuk restoran Pizza Hut, KFC dan ComfortDelgro, akan menyertai pameran itu dan mereka dijangka menawarkan pekerjaan seperti kru restoran, kru penghantaran dan pemandu teksi.

Mendaki Sense pula menawarkan latihan bagi pekerja-pekerja yang menganggur.

'Sebenarnya, setiap hari kami mendapat sekitar tujuh hingga lapan kes berkenaan individu yang hilang pekerjaan yang meminta bantuan kewangan di Masjid Al-Amin.

'Malangnya, kebanyakan mereka merupakan golongan muda yang telah berumah tangga dan mempunyai anak. Ada yang minta wang kerana tidak ada wang untuk menghantar anak ke sekolah dan ada pula ibu tunggal yang ingin mencari pekerjaan.

'Pihak masjid, yang bekerja erat dengan FSC, merasakan terdapat keperluan membantu memadankan pekerjaan bagi individu yang terjejas itu,' kata Pengurus Masjid Al-Amin, Cik Herni Halipah, ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang cuba mendapatkan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) menyertai pameran pekerjaan itu.

Sejajar dengan usaha pihak masjid, pada hari itu juga, pasar raya Sheng Siong akan menaja hamper makanan untuk 80 keluarga susah yang tinggal berdekatan Masjid Al-Amin.

Acara tersebut dibuka kepada umum. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara itu, sila hubungi Cik Herni di talian 6272-5309 pada waktu pejabat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.077851 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list