Diet secara jangka panjang berkemungkinan besar menganggu hormon endokrin, seterusnya menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan akhirnya menyebabkan ketidaksuburan. Kitaran haid yang teratur adalah pra-syarat untuk mempunyai proses ovulasi yang normal dan teratur pada setiap bulan. Secara umumnya ovulasi bermakna telur yang matang dilepaskan dari salah satu ovari ke dalam rahim. Setiap bulan, telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub fallopio. Dari situ bermulalah fasa luteal yang mana telur akan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma.
Kelangsingan badan merupakan hajat dan matlamat bagi majoriti kaum wanita pada masa kini. Diet dan pengambilan ubat adalah cara yang biasa yang digunakan untuk mencapai matlamat ini. Biarpun keburukan diet secara melampau diketahui umum, namun kebanyakan wanita tidak mengambil berat tentang isu ini. Sesungguhnya terdapat segelintir orang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat, tetapi kesan sampingan turut tertunjuk seperti penghentian haid,anoreksia dan sebagainya.Anoreksia adalah gangguan makan yang ditandai oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurang sampai ke tingkat yang membahayakan.
Mungkin disebabkan mereka tidak berniat untuk kehamilan, jadi tidak mempedulikan kesan negatif yang akan diakibatkan oleh diet jangka panjang. Akan tetapi satu fakta telah diabaikan oleh mereka iaitu diet secara terlampau akan menyebabkan kulit menjadi gelap, kasar dan kendur, seterusnya terjadi kegagalan ovari pra-matang, rahim atrofi, dan akhirnya kehilangan keupayaan kehamilan.
|