CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6324|Reply: 1

Cara pembedahan yang kurang sesuai akan menyebabkan Polip Serviks Tumbuh Semula

[Copy link]
Post time 4-9-2014 04:40 PM | Show all posts |Read mode


Apakah Polip Serviks? Polip Serviks adalah penyakit ginekologi yang relatif umum,iaitu tumor jinak yang tumbuh di permukaan mukosa serviks dan dapat berkembang. Kuantiti dan saiz Polip Serviks juga berbeza-beza yang mana hanya tumbuh satu namun juga berkemungkinan tumbuh beberapa biji. Bahkan saiznya milimeter dapat berukuran beberapa mm hingga beberapa cm.

                Penyebab Polip Serviks sering dihubungkan dengan radang yang kronik pada leher rahim, paras hormon estrogen terlalu tinggi dan gangguan hormon endokrin.

                Walaupun Polip Serviks merupakan tumor jinak, tetapi pendarahan yang abnormal akan menganggu kehidupan harian dan terdapat kemungkinan menjadi kanser.Lagipun kadar berulang penyakit ini agak tinggi. Jadi selain daripada menerima rawatan juga perlu mengesani penyakit itu secara berterusan.

                Kebiasaannya Polip yang bersaiz kecil tidak memberikan gejala dan kebanyakan hanya akan ditemukan dalam pemeriksaan ginekologi.Sebaliknya Polip yang bersaiz besar akan memberikan gejala seperti keputihan berdarah, atau pendarahan selepas hubungan seks,membuang air besar dan tempoh bukan kedatangan haid.

                Ini kerana kebanyakan Polip Serviks kaya dengan mikrovaskular pada permukaannya, berwarna merah,lembut dan mungkin berlakunya pendarahan sekiranya disentuh. Ini mengakibatkan jangkitan dan terjadinya ulser. Sejenis Polip yang tumbuh di bahagian serviks ke arah vagina merupakan tisu penghubung berserabut, berwarna merah muda,tekstur padat dan tidak mudah berlaku pendarahan.

                Secara umumnya, penyakit  ini selainnya didiagnosis melalui pemeriksaan pakar ginekologi, kebanyakan pesakit polipserviks berjumpa dengan doktor apabila mengalami pendarahan yang abnormal.Pendarahan yang abnormal mirip dengan kanser serviks dan ini membangkitkan kebimbangan pesakit-pesakit.

                Sekiranya didiagnosis menghidap penyakit Polip Serviks, disarankan supaya menjalankan pembedahan untuk membuangkan Polip. Lagipun pendarahan Polip akan berlaku pada saat melakukan hubungan seks. Biarpun kadar menjadi kanser adalah rendah, tetapi masih terdapat risiko yang mana kadarnya setinggi 10-15%, terutamanya pada wanita yang berada dalam tempoh menopause. Jadi sama ada memperbaiki kualiti kehidupan atau mengelakkan daripada menjadi kanser, doktor akan mencadangkan pembuangan Polip.

                Pembedahan adalah cara perawatan Polip Serviks yang diutamakan. Namun, sekiranya terdapat keradangan dalam Polip,masalah jangkitan perlu dikawal sebelum pembedahan.Sekiranya terdapat pendarahan akut, penghentian pendarahan harus dilakukan.

                Pesakit Polip Serviks berkemungkinan akan mengalami penyakit ini lagi selepas menjalankan pembedahan, kadarnya di antara 6%. Kadar berulang adalah berhubungan rapat dengan cara pembedahan,ini disebabkan sebilangan doktor hanya membuangkan Polip dan tidak merawat dari akar umbi. Sekiranya boleh merawat dari akar umbinya, maka kadar berulang dijangka menurun. Lagipun pembuangan Polip turut menyumbang kepada berkurangan kadar keguguran semasa kehamilan.

dapat dari facebook: ladies and wombs






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 11:43 AM | Show all posts
kena berhati hati ya.......apbl pilih doc utk jln surgeri ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064900 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list