|
Lotus tawar pakej harga baharu
Tawaran hebat tahun ini buat peminat kereta Lotus di Malaysia dengan pengumuman pakej harga baru oleh Lotus Cars Malaysia.
Kereta jenama Lotus yang dibangunkan di kilang Lotus yang terletak di Hethel, United Kingdom ini diasaskan penciptaannya oleh Colin Chapman kini dijual dengan harga permulaan RM279,888 untuk Elise S, RM405,777 untuk Exige S Coupe dan bagi Exige S Roadster pula berharga RM410,777, manakala Evora S berharga RM475,999.
Selain ditawarkan pakej harga baharu, pemilik juga diberikan 3-tahun jaminan kilang bersama 2-tahun pakej penyelenggaraan & perkhidmatan percuma. Lebih menarik, pembeli juga diberikan pakej kemasukan sekali secara percuma utnuk menghadiri Akademi Memandu Lotus di mana pemilik Lotus akan diajar untuk meneroka keupayaan kereta Lotus dalam persekitaran yang selamat dan terkawal dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej tawaran menarik serta rangkaian model kereta Lotus di Malaysia, sila kunjungi Pusat 3S Lotus Cars Malaysia yang terletak di Jalan Damansara , Kampung Sungai Penchala. Anda juga boleh hubungi talian +603-77250182 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan bagi sesi pandu uji.
|
|