|
Antaranya ialah Ford Transit yang baru dilancarkan Julai lalu.
Era Jinbei, pengedar sah kenderaan Joylong dari China turut akan mempamerkan barisan bas sekolah yang dijual di Malaysia. Trak sederhana juga tidak ketinggalan, dengan Inokom Corp Bhd akan mempamerkan trak tempatan paling popular, Lorimas AU26. Antara jenama utama lain yang berada di ruang pameran adalah dari Dengfeng, Kinland dan Bison.
Kelainan yang dibawakan pameran trak terbesar ini berbanding pameran trak lain adalah ia merupakan gabungan dua acara yang akan berjalan dibawah satu bumbung, iaitu Pameran Keselamatan Logistik MAI bersama Lafarge Automotive selain pameran trak itu sendiri.
Diadakan dengan kerjasama Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Lafarge Malaysia Berhad, tema keseluruhan NST Truck Show adalah untuk mempromosi keselamatan jalan raya dan contoh tingkah laku yang baik dalam industri kenderaan berat komersial.
MAI merancang untuk menjadikan pameran ini sebagai satu saluran menggalakkan keselamatan dalam sektor automotif dan logistik negara selaras dengan Dasar Automotif Negara (NAP 2014) melaluitiga teras utama iaitu Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar.
Manakala bagi Lafarge pula, berobjektifkan untuk menggalakkan keselamatan jalan raya dan mendidikgolongan yang terlibat secara langsungdan pengunjung mengenai kepentingan mematuhi tahap keselamatan. Lafarge menganjurkan acara tahunan Hari Keselamatan Pemandu sejak 2005 yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan, namun ini merupakan kali pertama ia dianjurkan secara umum.
Sementara bahagian dalam ruang pameran di Pusat Pameran dan Persidangan Matrade dikuasai oleh Pameran Keselamatan Logistik MAI-Lafarge Automotive, ruang pameran luar pula menyaksikan pengeluar trak terkemuka China, Jepun dan Eropah akan mempamerkan peralatan pengangkutan daripada kenderaan perdagangan ringan, sederhana dan berat, ‘prime mover’ dan bas untuk kegunaan komersial bersama ciri keselamatan dan teknologi terkini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|