CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2122|Reply: 0

Perodua lantik Nagoya Automobile sebagai wakil jualan 3S

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Perodua lantik Nagoya Automobile sebagai wakil jualan 3S


Perodua mengumumkan perlantikan Nagoya Automobile Malaysia Holdings Sdn Bhd (NAMSB) sebagai wakil jualan 3S terbaharu untuk meningkatkan jualan dan perkhidmatan rangkaian Perodua yang beroperasi di Bandar Sunway.

NAMSB yang ditubuhkan pada April 2014 dengan modal berbayar sebanyak RM3 juta bersama jumlah had modal sehingga RM15 juta, memiliki pegangan saham daripada Nagoya Daihatsu Co. Ltd Jepun sebanyak 60 peratus, Daihatsu Malaysia sebanyak 20 dan baki lagi 20 peratus saham dipegang oleh Perodua.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, “Jalinan kerjasama ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Perodua kerana ini akan menjadi penyertaan pihak antarabangsa sebagai wakil jualan pertama syarikat.”

“Memandangkan secara majoriti NAMSB dimiliki oleh Nagoya Daihatsu, syarikat menjangkakan ia mampu memberi nilai tambah dan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Perodua terutama dalam aspek kepuasan pelanggan,” tambah Aminar.

Beliau turut memberitahu bahawa Perodua merancang beberapa aspek peningkatan lain juga termasuk mengenai aspek jualan lebih tinggi dan indeks kepuasan perkhidmatan seperti yang dicapai pemegang saham utama Nagoya Daihatsu di Jepun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list