CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 0

Rovernuts Festival 2014 tawan Cameron

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Rovernuts Festival 2014 tawan Cameron

Libatkan peserta dari enam negara, 28 kenderaan Land Rover

Tanah Tinggi Cameron di Pahang menjadi lokasi yang begitu sinonim dengan kenderaan Land Rover; ada yang mendakwa terdapat ribuan unit kenderaan jenama British itu terutama model Defender generasi lama, di dalam pelbagai keadaan ada di sana. Banyak juga generasi awal trak berkenaan kelihatan masih menabur bakti menggerakkan kudrat mengangkut pelbagai barangan dagangan turun dan naik di kawasan sekitarnya.

Untuk itu, ketika konvoi 28 buah kenderaan Land Rover pelbagai model menempuh laluan sekitar 300 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke sana hujung minggu lalu, ia bolehlah disifatkan sebagai sebuah perjalanan ‘tanda hormat’ kepada model-model lama berkenaan. Rover Nuts Festival yang memasuki tahun ketiga tahun ini menjelajah pula ke sebahagian bumi di Malaysia, selepas penganjurannya untuk kali pertama dan kedua pada 2011 dan 2013 di adakan di Filipina.

Menurut K. Vigneswaran yang bertindak selaku penyelaras acara ini, acara santai ini berjaya menarik perhatian peserta dari beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Australia, selain kumpulan dari Malaysia sendiri.

Perjalanan yang bermula Jumaat pagi itu tidak terus menuju destinasi akhir. Konvoi keluar dari lebuh raya di Simpang Pulai, sebelum mengunjungi gudang SVK di Batu Gajah, sebuah lokasi yang mampu membuat mana-mana peminat jenama itu rambang mata; beberapa model Defender keluaran 2003 untuk dijual dipamerkan, dengan pelbagai jenis alat ganti yang dikehendaki untuk memperkemas atau menaik taraf kenderaan berkenaan terdapat di sini. Ia bagaikan syurga kecil untuk yang segalanya Land Rover.

Jam 3 petang, barulah konvoi bergerak mendaki ke Tanah Tinggi Cameron melalui laluan Simpang Pulai. Selepas dua jam perjalanan, semua tiba di tempat penginapan tanpa sebarang banyak rintangan, kecuali sebuah Defender lama yang mengalami sedikit masalah dengan sistem breknya.

Selepas aktiviti Rovernuts Festival 2014 tawan Cameron

Selepas aktiviti santai dan makan malam, hari kedua menanti semua peserta dengan aktiviti yang lebih menarik; perjalanan melalui lorong sempit ke kafe ladang teh BOH sebelum memulakan ekspedisi kecil mendaki ke puncak estet the berkenaan dengan kenderaan masing-masing. Menurut wakil dari estet BOH berkenaan, ia bukan laluan yang dibuka kepada umum, melainkan laluan untuk jentera-jentera kilang turun dan naik membawa hasil daun teh ke tempat memprosesnya. Pada kedudukan tertinggi ketika berada di dalam kawasan estet tertinggi di Malaysia ini, peserta sebenarnya berada pada ketinggian 5,500 meter di atas paras laut; tempat di mana pesawat kecil untuk tujuan penaburan baja dan racun serangga ladang itu mendarat dan berlepas.

Rovernuts seterusnya dijangka akan diadakan di Vietnam, tahun depan.santai dan makan malam, hari kedua menanti semua peserta dengan aktiviti yang lebih menarik; perjalanan melalui lorong sempit ke kafe ladang teh BOH sebelum memulakan ekspedisi kecil mendaki ke puncak estet the berkenaan dengan kenderaan masing-masing. Menurut wakil dari estet BOH berkenaan, ia bukan laluan yang dibuka kepada umum, melainkan laluan untuk jentera-jentera kilang turun dan naik membawa hasil daun teh ke tempat memprosesnya. Pada kedudukan tertinggi ketika berada di dalam kawasan estet tertinggi di Malaysia ini, peserta sebenarnya berada pada ketinggian 5,500 meter di atas paras laut; tempat di mana pesawat kecil untuk tujuan penaburan baja dan racun serangga ladang itu mendarat dan berlepas.

Rovernuts seterusnya dijangka akan diadakan di Vietnam, tahun depan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045546 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list