View: 3055|Reply: 7
|
Musim cuti dapat RM500 sehari! (kuda berhias pantai batu burok)
[Copy link]
|
|
- Mohd Hafizi sentiasa memastikan keselamatan pelanggannya.
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]
KUALA TERENGGANU – Rezeki pengusaha kereta kuda berhias di Taman Awam Pantai Batu Burok, di sini, bagaikan melimpah ruah apabila hasil yang diperoleh sejak Jumaat lalu meningkat berganda.
Pengusaha kereta kuda, Mohd Hafizi Mohd Zahri berkata, musim cuti sekolah adalah saat dinantikan kerana rezeki mereka bertambah berbanding hari biasa yang hanya sekadar cukup makan sahaja.
"Musim cuti sekolah ramai pelancong berkunjung di Terengganu, bagi mereka yang tidak pernah menaiki kereta kuda inilah kesempatan yang kami tunggu untuk mengaut untung lebih. "Dengan caj biasa dikenakan kepada pengunjung, pendapatan kami kini boleh mencecah RM500 sehari," katanya.
Kata Mohd Hafizi, orang tempatan sudah tiadk hairan lagi dengan kereta kuda kerana selalu sangat naik kereta kuda.
Namun bagi pelancong, naik kereta kuda satu pengalaman baharu bagi mereka terutama yang ada anak kecil.
Tidak hairanlah aktiviti naik kereta kuda acara wajib apabila berkunjung ke Kuala Terengganu.
“Kalau hari biasa, pendapatan kurang RM200 sehari tetapi berbeza pula pada musim cuti sekolah kerana pelanggan ramai setiap sehari.
"Tetapi sebenarnya faktor cuaca juga penting kerana sekiranya hujan, orang ramai tidak datang ke pantai,” katanya ketika ditemu bual di Taman Awam Pantai Batu Burok.
Bagi Hafizi, musim cuti panjang adalah peluang dia mengumpul duit kerana pelancong sentiasa datang sehingga larut malam yang memaksa dia bekerja sehingga jam 10 malam setiap hari.
“Kalau orang ramai macam sekarang, saya akan bawa kuda ke sini setiap hari bermula jam 3 petang hingga 10 malam kerana kebanyakan pelancong lebih suka datang pada waktu malam berbanding siang yang agak panas dan kadangkala hujan,” katanya.
Harga yang dikenakan hanya serendah RM3 hingga RM5 bagi setiap seorang dengan membawa pelanggannya bersiar-siar sambil menikmati keindahan pantai sejauh 200 meter.
|
|
|
|
|
|
|
|
10 hari cuti dah dapat rm5k |
|
|
|
|
|
|
|
musim tak cuti,weekday ...nak dapat RM10 pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa mahukan voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )Sila tekan: http://www.whohaa.com/register?referral=63324 Terus register sahaja, PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) Please visit http://www.whohaa.com/register?referral=63324 to join member . (join member for free ) Sesiapa yang ingan mendapatkan kupon percuma (KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...dan banyak lagi )Sila layari http://www.whohaa.com/register?referral=63324 untuk pendaftaran sebagai pengguna . (pendaftaran pengguna adalah percuma ) |
|
|
|
|
|
|
|
nak naik kuda nih berapa riyal |
|
|
|
|
|
|
|
IRZeeBuk posted on 29-10-2014 08:50 AM
nak naik kuda nih berapa riyal
Rasaya rm5 seorg utk dwasa..kanak2 xtau brp..2 kali pusing.. |
|
|
|
|
|
|
|
awek_ganu posted on 5-11-2014 02:56 PM
Rasaya rm5 seorg utk dwasa..kanak2 xtau brp..2 kali pusing..
5 riyal dokla mahal mane
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|