CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 0

adakah ujian untuk mengambiltahu adakah kami mengandungi bayi Down syndromes?

[Copy link]
Post time 16-9-2014 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Antara ujian yang boleh dijalankan untuk Sindrom Down ialah:

1.      Imbasan ultrabunyi dan ujian darah

Jika umur ibu hamil melebihi 35 tahun, akan ditawarkan saringan untuk Sindrom Downsemasa hamil. Saringan ini termasuk gabungan ujian darah dengan imbasan ultrabunyi (ultrasound). Ujian-ujian saringan ini tidak dapat memastikan dengan tepat jika bayi mempunyai Sindrom Down. Ia hanya boleh memberitahu samada terdapat risiko tinggi mengalaminya.


adakah ujian untuk mengambiltahu adakah kami mengandungi bayi Down syndromes?

Ibu hamil boleh membuat ujian darah semasa minggu kehamilan ke-15 hingga ke-20,  ujian ini membabitkan bacaan 3 hormon di dalam darah ibu iaitu Alpha-feto protein (AFP), free beta-hCG dan Estriol .Jika keputusannya menunjukkan bahawa bayi mungkin mengalami Sindrom Down, ibu hamil dinasihatkan untuk menjalani ujian-ujian lanjut seperti <a>amniosintesis</a> dan <a>ujian vilus korionik</a> (chorionic villus sampling -CVS.)


2.       Amniosentesis

Ini dilakukan dengan cara memasukkan sebatang jarum halus ke dalam uterus (rahim) dan mengeluarkan cecair amnion (ketuban). Lebih kurang 20ml cairan diambil dan menganalisisnya dalam makmal untuk melihat sama ada bayi dalam kandungan mempunyai sebarang ketaknormalan yang serius. Cairan ini mengandung sel-sel janin yang dapat diperiksa untuk kromosom.


Amniocentesis biasanya dilakukan antara minggu kehamilan ke-15 hingga ke-20. Ujian Amniocentesis bagi memastikan Sindrom Down memberi ketepatan sebanyak 99%,prosedur ini dianggap selamat walaupun mempunyai risiko 0.5% keguguran,jangkitan kuman dan kebocoran air ketuban.


3.      Chorionic Villus Sampling (CVS)Chorionic Villus Sampling (CVS)

Dalam prosedur ini, jumlah kecil jaringan diambil dari plasenta muda (juga disebut lapisan chorionic). Sel-sel ini berisi kromosom janin yang dapat diuji untuk Sindrom Down. Sel dapat dikumpulkan dengan cara yang sama seperti Amniosentesis, tetapi dengan memasukkan sebuah tabung ke dalam rahim melalui vagina. CVS biasanya dilakukan antara 10 dan 12minggu pertama kehamilan.Risiko keguguran setelah CVS sedikit lebih tinggi dibandingkan dengan Amniosentesis.


Bilakah hendak menjalani ujianSindrom Down?

                Ibu hamil disarankan supaya menjalani ujian Sindrom Down semasa dalam minggu kehamilan ke-14 hingga ke-19.  Bagi ibu hamil yang berisiko tinggi seperti berusia melebihi 35 tahun,pernah melahirkan bayi Sindrom Down,mengalami keguguran atau kematian janin dalam rahim, haruslah menjalani ujian Sindrom Down secara konsisten.


Apa yang perlu buat sekiranya bayididiagnosis Sindrom Down?

                Masih tiada perawatan yang berkesan dalam Sindrom Down pada masa sekarang, jadi cara penyelesaian yang terbaik ialah penghentian kehamilan iaitu keguguran.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.363241 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list