[size=0.9em]Kuala Lumpur: Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown) terus mengorak langkah mengukuhkan rangkaiannya di seluruh negara dengan membuka cawangan ke-150 di Malaysia. [size=0.9em]Pengarah Perniagaannya, Micheal Liew berkata, setiap tahun pihaknya merancang membuka 25 hingga 30 cawangan di lokasi strategik termasuk Sabah dan Sarawak. [size=0.9em]
Beliau berkata, selain di Malaysia jenama Marrybrown semakin dikenali di luar negara dan setakat ini pihaknya mempunyai 450 rangkaian francaisi Marrybrown di 16 negara seluruh dunia.
[size=0.9em]“Setiap bulan, sekurang-kurangnya kami akan membuka dua cawangan Marrybrown dan 80 peratus daripada rangkaian di negara ini dimiliki oleh francaisi. [size=0.9em]
“Manakala di peringkat luar negara, kami akan meluaskan pasaran Marrybrown ke Thailand dan Brunei pada suku keempat tahun ini,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis perasmian cawangan ke-150 Marrybrown. Hadir sama, Pengurus Jenamanya, Lynn Low. [size=0.9em]
Liew berkata, pihaknya memperuntukkan lebih RM5 juta setahun bagi tujuan promosi dan pengiklanan selain menitikberatkan kajian dan pembangunan (R&D) produk Marrybrown untuk memenuhi pasaran.
[size=0.9em]“Untuk pakej francaisi Marrybrown, kos yang diperuntukkan pula antara RM600,000 dan RM800,000 bagi saiz antara 1,500 hingga 3,000 kaki persegi,” katanya.
|