CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5047|Reply: 1

langkah-langkah mendapatkan/ mengambil lesen memandu united kingdom

[Copy link]
Post time 9-10-2014 12:36 PM | Show all posts |Read mode
http://perjalananku.com/?p=3443

perjalananku di UK:- langkah-langkah mendapatkan/ mengambil lesen memandu united kingdomSubmitted by m.ruzaini.h on October 9, 2014 – 2:02 amNo Comment
Salam,
minggu ni dah start sejuk.. dah start nak cecah bawah 10 degree.. itu maknanya.. musim sejuk akan menjelma dan bill gas akan melambung disebabkan penggunaan heater…tp hari ni aku bukan nak cerita tentang cuaca dan bill utiliti.. tp nak bercerita tentang lesen UK..
pada 6/10/2014 adalah hari bersejarah buat aku kerana aku telah lulus ujian memandu di UK ni.. syukur alhamdullilah… kenapa aku perlu mengambil lesen UK… ini disebabkan lesen malaysia hanya boleh pakai disini selama 1 tahun sahaja.. yakni 12 bulan dari tarikh visa kita di cop di pintu masuk UK (lapangan terbang).. jika masih memandu selepas 12 bulan.. maka secara automatiknya anda melanggar undang2 kerajaan UK.. jika ditahan.. kereta boleh disita dan kemungkinan denda yg dikenakan tinggi..
nasihat aku kepada mereka yang sambung belajar disini melebihi 1 tahun.. elok la korang ambil lesen memandu ni secepat yang mungkin.. ini sgt memudahkan anda dikemudian hari..
langkah- langkah untuk mendapatkan lesen UK..
STEP 1:- buat permohonan lesen L @ provisional license -
  • borang permohonan ini boleh didapati di pejabat pos -
  • tidak perlu ambil exam -
  • perlu submit form beserta £50 money order + original pasport ke DVLA swansea.. -
  • insyallah dalam masa 1 ke 2 minggu anda akan dapat kad lesen L , counter part certificate beserta pasport anda..
  • (nasihat:- jgn apply guna online coz yg tu swasta dan dikena kan charge yg mahal untuk submit form anda)
STEP 2:- Apply untuk menduduki ujian teori (berkomputer) -
  • boleh apply di sini[url]https://www.gov.uk/book-theory-test[/url]- charge £25..
  • perlukan lesen L dan debit card(online payment) -
  • korang boleh beli DVD theory test dari DVSA (harga ebay dalam £13) -
  • ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian. pertama ujian theory biasa(peraturan,cara memnadu dan lain) bahagian kedua adalah hazard perception (video)
STEP 3:- Apply untuk belajar memandu -
  • aku ambil khidmat billplant (http://www.billplant.co.uk/) dan aku dpt instructor org putih.. aku just ambil 5 sesi = 5 jam belajar memandu ikut peraturan jalan raya UK
  • cost sebanyak £56.
STEP 4:- Apply untuk menduduki ujian memandu
  • apply online di https://www.gov.uk/book-driving-test -
  • cost sebanyak £62..
  • kene sewa kereta instructor selama 2 jam- cost £45
  • ujian memandu ini tak sama macam dlm malaysia.. totally atas jalan raya.. ada 3 bahagian
    • 1st – show me & tell me – pengetahuan berkenaan kereta anda, seperti dimana lokasi minyka engin dan macamana nak check oil level dan lain2.
    • 2nd – driving dengan arahan pemeriksa – pemeriksa akan suruh bawak atas jalan dengan mematuhi araham beliau seperti suruh berhenti dibahu jalan, suruh parallel parking atau suruh turn left atau turn right.. korang ikut je arahan dia..
    • 3rd – independent driving – yg ni dia mungkin suruh kita berhenti.. dan dia akan bg arahan untuk kita cari sendiri jalan ke tempat yg dia akan bg tahu.. kiranya suruh kita ke mydin dari rumah kita.. lebih kurang macam tu la..
    • apa2 pun.. untuk lulus ujian meandu ni.. ikut peraturan.. drive safe.. kalau salah jalan takpe.. just jgn langgar peraturan dan always pandang cermin untuk observation.. drive safe..
    • lepas selesai – pemeriksa akan bg korang satu laporan dan akan bgtau korang lulus atau gagal beserta komen/feedback kesalahan yg korang buat sepanjang ujian dijalankan..
    • kalau lulus.. pemeriksa akan ambil lesen L korang.. dan akan bg pass certificate yg korang boleh guna sementara menunggu kad siap dalam tempaoh 3 minggu..

so total cost yg aku keluarkan untuk dapatkan lesen memandu ni adalah
  • lesen L = £50 + £10 (pos and postal order fee) = £60
  • theory test = dulu harga £32 (harga baru £25)
  • belajar  memandu = £56
  • yuran ujian memandu = £62
  • sewa kereta 2 jam untuk ujian memandu =£45
total cost = £255 @ RM1400+-
itu sahaja.. apa2 pun.. wish u all the best.. and drive safe..
Ruzaini
Sheffield
DVD yg aku guna untuk belajar theory test.. cost dalam £13 dekat ebay
lesen L & certificate lulus dan laporan driving test..
Random Posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:28 PM | Show all posts

Oh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Ingatkang ko yang pergi...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.412491 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list