CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3946|Reply: 1

Kau sendiri anjing-hang tuah@istana melaka bela anjing.

[Copy link]
Post time 21-10-2014 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Faisal Tehrani | 6:40PM Oct 20, 2014
Aku bukan peminat binatang. Aku kira itu adalah hak aku. Pun aku memahami bahawa haiwan dan binatang mempunyai peranan tersendiri apabila diciptakan oleh Tuhan di muka bumi ini.

Ada binatang yang memang berfungsi untuk dijadikan habuan manusia, misalnya haiwan ternakan.

Kucing, atau anjing sebagai haiwan kesayangan? Aku bukan peminat haiwan.

Jika ada pertanyaan mengapa aku tidak memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan, ya, mungkin aku malas memikirkan segala kerja yang perlu dilakukan untuk membersihkan najisnya, atau mendisiplinkannya, dan menjaganya.

Aku tidak mempunyai masa dan kekuatan untuk komitmen sebegitu.

Semalam terdapat satu acara yang diadakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor, di mana penganjur mengajak orang ramai, khususnya Melayu-Islam, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog". Tujuannya adalah untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.

Aku tidak tergiur dengan acara itu kerana seperti yang telah aku nyatakan, aku tidak tertarik dengan binatang. Justeru, aku tidak peduli kepada alasan dosa, pahala, haram halal, najis atau tidak status memegang seekor anjing. Aku sendiri tidak menghadiri acara tersebut kerana aku tidak melihat apa-apa faedah dari penganjuran tersebut. Ia mungkin bermanfaat untuk kanak-kanak.

Malah sehingga sebelum aku menulis artikel ini, aku menyangkakan mati-mati acara itu untuk budak-budak.
Apa sangatlah memegang anjing. Hang Tuah di zaman puncaknya, memang bergelumang dengan anjing saban siang dan malam.

Mungkin sahaja Hang Tuah tidur bergomolan dengan anjing. Jika dirujuk kepada Hikayat Hang Tuah versi asal dinyatakan anjing-anjing raja yang tolong dijagakan oleh Hang Tuah itu bersalut emas dan perak:

“Maka Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun turunlah membawa anjing itu dan Kebu Nirang dan Rangga Rari, anjing dua ekor itu dirantai dengan rantai emas, bertebu-tebu akan permata. Dan lain daripada itu, anjing berpuluh-puluh ekor itu ada berantaikan emas, ada berantaikan perak, ada berantai tembaga suasa.

(Hikayat Hang Tuah, 2012, Transliterasi Siti Hawa Saleh: 105).

Anjing bertatah permata

Berdasarkan petikan di atas, secara sejarahnya, orang Melayu memang menyayangi anjing. Jelas sekali, Melayu yang menyayangi anjing hari ini tidak dapat menandingi bangsawan Melayu di era kesultanan Melayu Melaka. Ini kerana anjing-anjing mereka itu ditatah permata dan dipelihara sedemikian bahagia.

Anjing-anjing istana itu pun bakanya memang bangsawan juga, baka Kakak Inu Anggeripan (Hikayat Hang Tuah: 104). Untuk mereka yang berslogankan Melayu-Islam, mungkin elok dijadikan kasih sayangnya Hang Tuah terhadap anjing sebagai panduan dan teladan.

Adalah benar anjing juga adalah makhluk yang dicipta Allah yang memerlukan cinta dan kasih sayang. Ia fakta. Ia benar. Namun, aku lebih berminat untuk memberikan cinta dan kasih sayang kepada manusia, makhluk ciptaan Allah yang lebih penting diberi prioriti.

Mungkin, aku akan lebih terpanggil jika ada acara "I Want to Touch a Homeless" di mana acara itu akan memberikan pengajaran moral kepadaku. Mungkin, aku akan menghadiri acara "I Want to Touch a Shia" atau "I Want to Touch a Penan". "I Want to Touch a Transwoman" juga boleh diadakan.

Pokoknya ‘menyentuh’ mereka; a homeless a Shia a Penan a transwoman, dengan kasih sayang dan dengan tujuan mengatasi ketakutan dan memahami masalah dan cabaran yang mereka hadapi dalam negara Malaysia yang moden dan mengaku moderat; rasanya lebih memberi impak kemanusiaan.

Mereka yang berani hadir ke program seperti yang kucadangkan di atas adalah mereka yang paling terbuka, paling menghayati nilai kemanusiaan dan benar-benar beriman bahawa setiap makhluk yang dicipta Allah memerlukan cinta dan kasih sayang. Jika acara sedemikian dianjurkan, saban tahun dan dengan sambutan yang luar biasa, Insya-Allah masalah hak asasi manusia di Malaysia akan lebih mudah diatasi dan diurus-seliakan.

Jika pengunjung Melayu-Islam yang hadir ke acara dua jam untuk memegang anjing itu merasakan acara ini bagus lantaran dapat menyedarkan bahawa Islam itu mudah. Maka aku yakini jika ada acara “I want to touch a homeless a Shia a Penan a transwoman” maka penghayatan semangat Islam itu indah, demi membuang segala stereotaip dan perasaan negatif akan dapat diraih.

Untuk kumpulan Islamis dan konservatif, tentu sahaja mereka rasa diprovokasi dengan penganjuran "I Want to Touch a Dog". Para mufti tidak membaca Hikayat Hang Tuah. Justeru, mereka tidak tahu bagaimana Melayu-Islam mazhab Shafie di era Kesultanan Melayu Melaka menghias anjing.

Maka tidaklah menghairankan jika mereka dengan segera melenting sambil mempertikaikan penganjuran acara tersebut. Reaksi tidak cerdik mereka tersebut amatlah difahami, ini kerana apa lagi yang akan terbit dari satu program yang isinya juga kurang bernas?

Manusia hilang prioriti

Mengapakah aku tidak tertarik dengan acara "I Want to Touch a Dog"? Ya, pertama kerana aku telah menjelaskan bahawa tidak ada salah benarnya menyentuh anjing. Yang mahu silakan. Aku sendiri enggan. Aku tidak menyukai binatang. Bukan kerana alahan.

Aku cuma kurang gemar dengan haiwan. Itu hak aku sendiri. Jika kalian menyukai binatang, itu pilihan dan hak masing-masing pula.

Kedua, entah mengapa; acara "I Want to Touch a Dog" mengingatkan aku kepada karektor Hang Tuah. Selain menyediakan tilam dan tempat tidur Ratu Melayu, kerja Hang Tuah itu adalah menjagakan anjing diraja yang bernama Kebu Nirang, Rangga Rari, dan Si Bedung.

Ingatan kepada Hang Tuah itu tidak membuatkan aku rasa gembira. Itu adalah perasaan aku sendiri. Itu tidak menunjukkan aku tidak menghormati hak mereka yang merasa gembira apabila menyentuh dan menciumi anjing.

Ketiga, aku juga telah menjelaskan bahawa acara menyentuh anjing itu menunjukkan manusia di Malaysia benar-benar kehilangan prioriti. Sebahagian besar kita telah kebankrapan idea dan rumus. Kita gagal melihat, kerana diskriminasi terlalu melata, bahawa terdapat manusia dianjingkan manusia sendiri dan tidak mendapat pembelaan sebenar.

Oleh kerana sesetengah manusia merasakan diri mereka tuan, maka mereka menganjingkan manusia lain. Mereka melakukannya tanpa menyedari itu adalah rasisme, sektarianisme, feudalisme, kapitalisme dan bermacam-macam lagi. Sebagai ‘anjing’ tertambat, manusia tertindas ini juga menagih perhatian kita supaya lekas disentuh, lekas disayangi dan jangan dimomokkan. Manusia yang dianjingkan ini lebih memerlukan belaian.

Mungkin kini tiba masanya kau sudah perlu sedar dari khayalan. Bahawa kau sendiri sedang dianjingkan oleh mereka yang banyak kepentingan dan bersifat memeras. Cekak leher anjing yang dicekikkan ke tengkuk kau itu datang dalam pelbagai bentuk.

Institusi kewangan, institusi agama, institusi pendidikan dan bermacam lagi institusi yang menganjingkan kau setiap detik. Kau sendiri anjing yang tidak bebas dan dikurapkan. Kau tidak pernah manusia sejak lahir.

Itulah peranan para nabi dan wali, melepaskan insan dari kebinatangan, memerdekakan insan dan umat dari keanjingan kepada kemanusiaan yang sejati. Itulah punca para nabi dan wali ditentang dan dimusuhi. Para nabi dan wali tidak ditentang kerana sebab-musabab yang enteng dan tidak cerdik. Last edited by abgsedapmalam on 30-10-2014 10:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:52 PM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Melaka hada Sultan...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037013 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list