View: 2876|Reply: 3
|
Selekoh maut Bukit Chendering
[Copy link]
|
|
- Keadaan Proton Waja yang terbabas ketika menggunakan laluan di KM10–11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dekat sini, petang kelmarin.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
MARANG – Bahaya! Demikian pendapat pengguna jalan raya mengenai jajaran berselekoh di Kilometer (KM) 10 hingga 11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Bukit Chendering dekat sini.
Terbaru, seorang pemandu yang menaiki kereta jenis Proton Waja terbabas dan melanggar tiang lampu di atas pembahagi jalan petang kelmarin selepas dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh itu.
Selain faktor memandu laju, keadaan cuaca dan permukaan jalan, jajaran berselekoh tersebut wajar dikaji semula kerana kemalangan seumpama itu berlaku terlalu kerap malah sudah ratusan tiang lampu diganti baharu.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya di negeri ini berharap dan meminta pihak kerajaan negeri membuat perancangan dan mengkaji semula jajaran berselekoh di Kilometer (KM) 10 hingga 11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu.
Ini sebab ia dianggap laluan berbahaya khususnya bagi pengguna sering berulang-alik ke tempat kerja dari Marang ke Kuala Terengganu dan sebaliknya kerana laluan berselekoh berkenaan telah banyak ‘makan jasa’.
Perkara ini turut menarik perhatian, Pengerusi Masjid Pulau Kerengga, Mazri Hussin, yang menyifatkan kajian semula jajaran berselekoh itu dilihat wajar bagi menggelakkan kemalangan terus berlaku dan pemandu terbabas.
“Setahu saya, sudah beberapa kali berlakunya kemalangan di lokasi berkenaan dan kenderaan pula melanggar tiang lampu yang sama. Sebenarnya ia bukan berpunca daripada masalah kecuaian sahaja tetapi selekoh itu memang berbahaya.
“Laluan tersebut pula menjadi laluan utama kenderaan dari Marang ke Kuala Terengganu dan sepatutnya diberi keutamaan dari aspek pengubahsuaian bagi mengelak kemalangan dan kerosakan harta benda terus berlaku,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna jalan raya, Musa Omar, 65, berkata, laluan berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan pada setiap hari apatah lagi pada musim hujan lebat ketika ini termasuk ketika musim cuti sekolah.
Menurutnya, keadaan akan menjadi bertambah baik sekiranya jajaran berselekoh itu dapat diubahsuai selain hanya menyediakan papan kenyataan amaran untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di laluan berkenaan.
“Sebagai pengguna laluan berkenaan saya amat berharap pihak berwajib dapat melaksanakan perancangan dan kajian mengubah laluan agar jalan itu lebih selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memag slalu ad xcdent kt cni..pnah skali tu,umah kt tepi jalan kna rempuh 2 kali,mula2 senget je beranda tu..tgh duk bincang2 mari plok sutir lg..runtuh terus beranda..mujur xdk org cedera |
|
|
|
|
|
|
|
ekpung gak bowok kancil jek pun...berangan mcm bowok subaru |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah accident sini...sapu 5 buah...huhu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|