View: 3189|Reply: 1
|
Polis terperangkap di era perang dingin
[Copy link]
|
|
Polis terperangkap di era perang dingin
S Arutchelvan | 11:51AM Dec 3, 2014
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk kenyataan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan atas kenyataannya yang mahu menyiasat penganjur majlis makan malam untuk memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Haadyai.
Timbalan ketua polis negeri juga berkata kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan setelah menerima aduan daripada beberapa pihak.
Apa yang Thaiveegan gagal terangkan program tersebut memang diketahui oleh pihak polis dan mereka telah merestuinya, malah membuat liputan keseluruhan program tersebut.
Selain itu program itu telah diadakan setiap tahun.
Tindakan polis membuat kenyataan itu semasa Perhimpunan Agung Umno juga memperlihatkan bahawa mereka masih terperangkap dalam pemikiran perang dingin.
Perang dingin sudah berakhir lebih dua abad yang lalu dan kerajaan Malaysia juga telah merestui dan mengakui sumbangan Parti Komunis Malaya dalam menuntut kemerdekaan Tanah Air.
Malah gambar Chin Peng juga telah dipaparkan secara meluas pada masa itu sebagai tanda tamatnya perang dan bermulanya proses perdamaian setelah persetujuan damai Haadyai.
Justeru adalah satu kenyataan bodoh dan kurang siuman apabila pihak polis sengaja hendak menimbulkan ketegangan dengan mengeluarkan kenyataan sebegini.
Pihak polis seolah-olah masih mahu menghidupkan skrip lama yang sudah ketinggalan zaman dan basi.
Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor yang terlibat secara langsung dengan rundingan Hatyai dalam beberapa kenyataan telah bercakap dengan jelas bahawa tindakan kerajaan, contohnya tidak membenarkan abu Chin Peng masuk ke negara dan menghalang beliau masuk ke Malaysia sebelum ini, adalah penghinaan.
Ia juga membuatkan Malaysia bahan ketawa antarabangsa kerana tidak menunaikan perjanjian Hatyai.
PSM juga ingin menarik perhatian bahawa antara delegasi yang dijemput oleh Umno dalam perhimpunan agungnya tahun ini adalah wakil Parti Komunis Korea Utara Democratik.
Selain itu Umno juga pernah menjemput Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam dan juga menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Parti Komunis Cina (CPC).
Malaysia juga begitu rancak membuat perniagaan dengan negara-negara “Komunis”.
Maka adalah tidak masuk akal apabila perkataan “Komunis” itu masih diguna pakai dan dikipas-kipaskan.
Sultan Perak sendiri telah memberi perkenan kepada tokoh-tokoh dan pemimpin Parti komunis Malaya seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin di istana sebelum ini.
Sudah tiba masanya negara kita dan Umno khususnya memberi interpretasi sejarah yang sebenar kerana perjuangan kemerdekaan bukan milik “Sdn Bhd” parti Umno.
Ia juga melibatkan perjuangan kental pejuang dan nasionalis kiri termasuk perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM).
Malah sejarahwan BN dan Umno terus memberi interpretasi bahawa Malaya tidak pernah dijajah walaupun ribuan nyawa dan darah sudah ditumpah demi kemerdekaan negara.
Sudah tiba masanya rakyat tidak ditipu lagi dan sejarah sebenar ditulis kembali.
S ARUTCHELVAN setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM). |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Maksudnya polis tu maseh pada zamang salji...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|