TOP 5 ARTIS MALAYSIA YANG DINANTIKAN MAJLIS SANDING MEREKA
Tahun 2014 mencatatkan kenangan manis kepada ramai selebriti tempatan yang mendirikan rumah tangga. Tahun 2015, kami look forward untuk lihat selebriti-selebriti wanita ini berkahwin...
1. Fazura
Antara artis jelita yang sering mendapat perhatian, terutama kisah peribadinya. Pernah dikaitkan dengan kerabat, namun mungkin sudah tersurat bukan jodoh mereka. Cantik, stylish dan berjaya-bertuahlah siapa yang menambat hati Fazura!!!
2. Neelofa
Hangat dikaitkan dengan kerabat di sebuah negeri, namun sehingga kini tak ada jawapan. Kalau betul, tentunya akan jadi salah satu perkahwinan paling bersejarah di Malaysia. Terbaharu, dia dikatakan dah berbaik dengan bekas teman lelakinya, Hans Isaac...
3. Fara Fauzana
Bakal mencecah usia 35 tahun pada 2015, tentu ramai tak sabar nak tengok Fara naik pelamin. Pertengahan tahun ini, kecoh gosip kononnya Fara bercinta dengan seorang pemain bola sepak, namun kedua-duanya menafikan. Hm, kita tengok sajalah...
4. Nora Danish
Percintaannya dengan Nedim Nazri bukan lagi satu rahsia. Nora dan Nedim, cepatlah naik pelamin. Kami tak sabar nak tengok anda berdua atas pelamin. Bagai pinang dibelah dua!!!
5. Emma Maembong
Siapa yang tak tahu cerita cinta Emma dan Zizan Razak? Bukan sahaja kami, semua orang nak tengok pasangan comel ini bersanding atas pelamin...
sumber:myinfoterkini.blogspot.com
|