CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 0

Tidak mencegah kehamilan selama 9 tahun tapi masih gagal hamil

[Copy link]
Post time 20-12-2014 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Perbualan di antara pasangan Pang yang bertulus ikhlas memang menyeronokan. Sikap mereka yang periang dan tulus mungkin banyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang mana mereka pernah bekerja di luar negara selama 8 tahun.


Selama 8 tahun mereka bermastautin di luar negara dan antaranya 7 tahun tidak mencegah hamil. Selain itu, mereka merancang beranak sejak berkahwin pada 2 tahun yang lalu.


Mereka tertanya-tanya kenapa gagal hamil walapun terdapat 108 kali peluang kehamilan selama 9 tahun ini?Kebimbangan mula bersarang di minda dan kerisauan bertandang di hati mereka.“Secara berterus-terang, sebelum berkahwin hamil atau tidak,kami tak kisah.Tapi selepas kahwin,kami mula berhajat untuk beranak. Tapi masih gagal walaupun mencuba kaedah hamil secara alami selama 2 tahun. Barulah mula mengambil berat tentang kesihatan sendiri.”


Biarpun demikian, Encik Pang tidak pernah membuat ujian analisa air mani sebelum ini. Tambahan pula, dia mengamalkan tabiat hidup yang tidak sihat semasa bekerja di luar negara yang mana meminum bir sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu semasa di hiburan kerja. Ini tidak dinafikan akan menjejaskan kualiti sperma.


Di samping itu, dia juga menghadapi masalah penyakit gas usus yang mana mungkin disebabkan dia selalu memunggah barang berat. Lagipun dia mengalami penyakit beguk semasa dewasa dania juga akan membawa kesan buruk kepada kualiti sperma.


Apa yang memeranjatkan saya ialah Encik Pang yang baru berumur 31 tahun sudah terdapat gejala-gejala penyakit prostat yang mana ia hanya terjadi pada lelaki tua seperti ejakulasi pra-matang,air kencing keluar 2 arah serta berbuih. Ini berkemungkinan disebabkan penyakit keturunan keluarga yang mana bapanya pernah mengalami penyakit prostat.


Sebenarnya kebanyakan ahli keluarga Encik Pang mengalami penyakit keturunan keluarga seperti tekanan darah tinggi,strok,sakit jantung,anemia,asid urik,kanser payudara dan hipertiroid.Jadi Encik Pang adalah berisiko tinggi dalam mengalami penyakit-penyakit tersebut. Ini merupakan halangan kepada ovulasi dan waktu kesuburan,dan juga pembuangan sebelah ovari telah mengakibatkan peluang kehamilan berkurangan 50%.


“Kes kami lebih rumit jika berbanding dengan orang lain?” ujar Puan Pang sambil mengerutkan dahinya.


“Selagi kamu berdua dapat mempersama-samakan usaha dalam menjayakan kehamilan,peluang beranak masih berharapan.” percakapan saya telah melegakan hati Puan Pang.


Selama menerima 3 bulan rawatan rapi, Encik Pang mengambil ubat secara rutin walaupun sibuk bekerja. Usaha Encik Pang dalam 3 bulan telah memberi angka keberkesanan yang memuaskan yang mana kualiti sperma meningkat mendadak iaitu menaik dari 48juta/millimeter sehingga 112juta/millimeter. Motiliti,morfologi dan daya kehidupan sperma juga melebihi 70%.


Namun demikian, ujian darah Encik Pang menunjukkan dia terdapat jangkitan H.pylori yang mana dia perlu mengambil ubatan demi mengelakkan memudaratkan fungsi perut. Walaupun kualiti spermanya sudah menjadi ideal selepas rawatan rapi, tetapi oleh sebab ubatan rawatan jangkitan H.pylori akan membawa kesan buruk terhadap sperma,jadi saya menyarankan supaya menerima lagi 3 bulan rawatan demi meningkatkan kualiti sperma.


Kitaran haid Puan Pang juga kembali kepada normal selepas rawatan yang mengandungi VHC formula, iaitu antara 35-40 hari. Carta suhu juga berubah dari naik turun secara tidak sekata kepada kian stabil. Emosi Puan Pang kian menjadi tenang,tekanan dan kerisauannya juga kian berkurangan.


Selepas saya memberi tunjuk ajar dalam cara mengira tarikh kesuburan dan tempoh ovulasi, Puan Pang berjaya hamil selepas 2 bulan. berita kehamilan disampaikan semasa rawatan dalam bulan ke-5adalah lebih awal dari jangkaan saya,tetapi inilah pulangan hasil kepada mereka yang mengusahakan diri dalam kehamilan, terutamanya Puan Pang yang tidak menyerah walaupun hanya tertinggal satu ovari.


“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” Puan Pang berusaha bersungguh-sungguh  untuk memperbaiki ovari yang tertinggal dan akhirnya usahanya sudah berhasil.



<photo id="1" /><photo id="2" />

https://www.facebook.com/notes/l ... mil/863181057060412
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074209 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list