Golongan wanita yang pernah mengalami Beguk semasa remaja atau zaman kanak-kanak dan terdapat komplikasi radang ovari (Oophoritis), merupakan antara faktor yang relatif umum yang mengakibatkan penuaan ovari. Ini disebabkan radang ovari yang diakibatkan oleh Beguk akan merosakkan fungsi ovari yang mana ia tidak sensitif terhadap rangsangan gonadotropin oleh kelenjar pituitari.
Satu kajian yang menyelidik ratusan wanita yang mengalami penuaan ovari menunjukkan bahawa ,hampir 50% daripada mereka pernah mengalami penyakit Beguk. Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa penyakit Beguk akan membawa kesan negatif terhadap fungsi ovari malah kesuburan seseorang wanita. Berpandukan kajian membuktikan bahawa seseorang wanita yang mengalami Beguk semasa zaman kanak-kanak atau remaja, fungsi ovari akan dijejas dengan sebahagian atau keseluruhannya.
Penghidap Beguk semasa remaja akan terjadi komplikasi radang ovari dan gejala-gejala seperti sakit belakang badan,kitaran haid yang tidak teratur akan tertunjuk. Biasanya gejala tidak mudah didapati jika di tahap ringan dan ia tidak akan mempengaruhi peluang kehamilan.
Di samping itu, sekiranya seseorang wanita mengalami Beguk semasa 3 bulan pertama kehamilan, kadar keguguran akan bertambah. Namun demikian, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Beguk yang dijangkiti semasa kehamilan akan mengakibatkan kecacatan janin.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah: - Menjaga kebersihan sendiri dan kawasan persekitaran
- Menjaga kebersihan tangan dan mencuci tangan dengan cara yang betul
- Sekiranya tangan dikotori oleh titisan bersin atau air liur, cuci tangan dengan serta-merta
- Membersihkan permainan kanak-kanak dan perkakas rumah secara keseluruhannya
- Kanak-kanak yang dijangkiti dan terdapat pembengkakan tidak harus bersekolah dalam 5 hari demi mengelakkan menjangkit kepada orang lain
- Menerima suntikan vaksin untuk mencegah Beguk yang mana ia membentuk antibodi dan dengan itu mampu menghalang jangkitan beguk
Untuk Maklumat lanjut mengenai kesuburan dan kesihatan wanita
https://www.facebook.com/notes/l ... end/865003636878154
|