CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2299|Reply: 2

Mari Melawat Kilang Pesawat Sukhoi Su-34 Russia

[Copy link]
Post time 6-1-2015 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 6-1-2015 08:49 AM

Mari Melawat Kilang Pesawat Sukhoi Su-34 Russia

For Mother Russia

Sukhoi Su-34 Fullback ialah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Russia. Ia sepatutnya menggantikan pesawat Sukhoi Su-24 Fencer yang sudah berusia. Tetapi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik projek pembangunan Su-34 terhenti beberapa kali. Su-34 mempunyai reka bentuk badan yang kami yakin anda boleh kenali.

Ya ia mempunyai bahagian ekor, badan, enjin , sayap kecil dan tayar yang sama dengan pesawat Su-30 MKMmilik Tentera Udara Diraja Malaysia. Tahukah anda Su-34 dan Su-30 kedua-duanya adalah pesawat yang terbina dari pesawat Su-33 yang digunakan Tentera Laut Russia? Kerana kekangan belanjawan dan langkah penjimatan kos, komponen Su-33 digunakan semula pada pesawat Su30 MKM. Su-30 MKI, Su-34, Su-35, Su-35 dan Su-47 .  Perubahan kecil pada sistem avionik, kawalan tanpa wayar, sayap, enjin vektor boleh ubah dan fungsi pesawat membezakan mereka dari satu sama lain.

Kembali ke Su-34. Berbanding dengan Su-Su yang lain Su-34 Fullback berbeza kerana ianya sebuah pesawat pengebom dengan ruang memyimpan bom yang jauh lebih besar. Kokpitnya juga berbeza kerana juruterbang dan pegawai persenjataan (weapon officer) duduk bersebelah dan tidak secara tandem seperti Su-30 MKM. Pesawat ini juga mempunyai katil untuk krew berehat serta tandas. Ini adalah unik kerana kebanyakkan pesawat rekaan Russia tidak mementingkan keselesaan krew yang menerbangkannya. Russia sudah memesan 152 buah Su-34 Fullback bagi menunjangi pertahanan udaranya. Kesemua pesawat dijangkan akan beroperasi menjelang 2020.







Laporan asal RussianMilitaryPhoto, RiaNovosti dan Gelio-NSK
dari:blogserius.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 05:45 PM | Show all posts
wahhhh impressive @@ !
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 08:46 AM | Show all posts
Su-34 tak ada ruang penyimpanan bom...semua sangkut kat bawah fuslaj atau sayap. Tapi yang best pasal pesawat ini ialah....ada toilet!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038424 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list