CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2123|Reply: 0

Kettering Bug : Torpedo Terbang Datuk Kepada Peluru Berpandu Dunia

[Copy link]
Post time 7-1-2015 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Kettering Bug : Torpedo Terbang Datuk Kepada Peluru Berpandu Dunia (13 Gambar)


Kaboom!

Peluru berpandu ialah senjata moden yang membolehkan sesebuah tentera menyerang musuh mereka dari jarak jauh tanpa perlu meletakkan nyawa askar mereka dalam bahaya. Peluru berpandu paling terkenal di dunia sekarang ialah Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat untuk memusnahkan sistem radar dan stesen janakuasa Iraq ketika Perang Teluk 1990. Tomahawk memepunyai jarak serangan sejauh 2500 kilometer dan membawa bahan letupan seberat 450 kilogram. Tapi tahukah anda tentang Kettering Bug? Ia adalah datuk segala peluru berpandu moden yang digunakan sekarang.

Kettering Bug ialah torpedo terbang yang direka oleh Charles Kettering ketika Perang Dunia Pertama. Beliau menyedari ramai juruterbang maut di medan perang. Pada waktu ini teknologi payung terjun masih belum matang dan digunakan secara meluas. Hanya tentera Jerman memberikan payung terjun kepada juruterbang mereka dan setiap 1/3 lompatan akan menggunakan payung terjun awal ini mengakibatkan kematian kerana kegagalan aparatus.

Charles Kettering bekerjasama dengan Orville Wright (Salah seorang Wright Brothers) untuk mencipta bom terbang yang boleh digunakan untuk mengebom sasaran musuh tanpa perlu dipandu. Ia diperkasakan enjin 40 kuasa kuda dan mampu terbang sendiri sejauh 121 kilometer. Kettering Bug mampu membawa 82 kilogram bahan letupan dan terbang pada kelajuan 80 kilometer sejam. Sistem kawalan automatiknya dilengkapi sistem giroskop bagi memastikan ia mampu terbang secara luruh ke sasaran. Sayapnya pula dibina hanya menggunakan kadbod.

Secara teorinya pesawat ini akan terbang secara lurus ke kawasan yang mahu dibom. Sebuah sistem timer mengira jumlah pusingan kipas yang diperlukan untuk pesawat untuk terbang ke jarak yang ditentukan. Apabila angka ini diperolehi, timer akan melepaskan mekanisma yang memutuskan enjin dan sayap dari badan pesawat yang dipenuhi bahan letupan. Secara teorinya Kettering Bug kini berubah menjadi bom konvesional.

Masalah yang dihadapi pereka Kettering Bug ialah sistem timer yang digunakan tidak tepat. Hanya sebilangan kecil torpedo terbang ini mampu menemui sasaran dalam beberapa ujian yang dilakukan. Sistem giroskop yang dipasang juga bermasalah membuatkan pesawat gagal terbang secara lurus ke destinasi. Kerena risau torpedo udara mereka akan jatuh mengebom tentera mereka sendiri. pihak tentera Amerika Syarikat membatalkan tujuan mereka untuk menggunakan peluru berpandu pertama dunia ini di medan perang.

Program ini diteruskan selepas Perang Dunia Pertama tetapi akhirnya dibatalkan pada tahun 1920. Kesemua 45 prototaip peluru berpandu pertama ini dimusnahkan dan program ini kekal menjadi rahsia sehingga Perang Dunia Kedua bermula dua dekad selepas itu.







Laporan asal Wikipedia
dari:blogserius.blogspot.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038423 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list