CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8589|Reply: 14

Ulat Mulong Jadi Pilihan Masyarakat Melanau

[Copy link]
Post time 9-1-2015 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Awek Melanau Bangga Makan Ulat Mulong









Ulat Mulong diminati ramai, baik di kalangan masyarakat bumiputera, Cina mahupun pelancong asing kerana rasanya yang lemak.

Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut.


Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya

Kuala Lumpur -Tindakan gadis Melanau yang memuatnaik gambar sedang memakan ulat mulong berjaya menarik perhatian segelintir masyarkat.

Walaupun majoriti masyarakat Malaysia tidak sanggup untuk menjamah makanan yang dikategori sebagai eksotik itu, namun gadis yang dikenali sebagai Umiey Surianie II berbangga dengan tindakannya itu.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempelawa kenalan media sosialnya untuk turut sama mencuba makanan tersebut.

Ulat mulong yang dipanggil si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban ini sebenarnya berasal dari larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.

Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya di Sarawak.

Bagi penggemar tegar pula, ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu..-suaratv




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2015 12:51 PM | Show all posts
sedap tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 01:24 PM | Show all posts
Kat Beijing aritu pun banyak dia orang jual ikut cucuk siap sira caremel
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 01:26 PM | Show all posts
kawan pernah bagi utk cuba.. tapi tak sanggup nak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 01:47 PM | Show all posts
kira boleh makanlah erk....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:02 PM | Show all posts
Tak pernah makan, tapi mak cakap sedap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2015 03:09 PM | Show all posts
erk sori guys..... yeck!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 03:23 PM | Show all posts
org Islam haram makan binatang/serangga yg hidup melata.

rujuk : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12096.0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2015 03:25 PM | Show all posts
UuU replied at 9-1-2015 03:23 PM
org Islam haram makan binatang/serangga yg hidup melata.

rujuk : http://halaqah.net/v10/index.php ...

ohh, baru tau

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 04:22 PM | Show all posts
UuU replied at 9-1-2015 03:23 PM
org Islam haram makan binatang/serangga yg hidup melata.

rujuk : http://halaqah.net/v10/index.php ...

melanau x semestinya islam...tp terima kasihla sbb bagi peringatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 12:35 AM | Show all posts
tengok pun geli...nak pegang tak sanggup..nak makan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 02:32 AM | Show all posts
nama saintifik Rhynchophorus ferrugineus
sumber protein katanya... bukan setakat di swk jah, papua new guinea, thailand dan vietnam pon suka makan larva nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 03:03 AM | Show all posts
kwn pernh pelawa.. dy org sarawak... dy kata sedap.. tp maaf la sy xleh nk pegang.. lembik n xsanggup nk telan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 12:16 PM | Show all posts
kembang tekak saya..sorry
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 12:29 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074876 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list