View: 1478|Reply: 0
|
Mengambil khasiat dengan keterlaluan mengakibatkan ketidaksuburan( Tamat )
[Copy link]
|
|
Pada pertemuan pertama, Encik Jiang berkata,” Dr H’ng,badan isteri saya amat lemah,tolong bantu dia. Badan lemah macam mana nak hamil? Tapi dia tetap nak beranak, jadi saya teman dia datang sekali untuk berjumpa dengan Dr H’ng. saya tak mahu dia berusaha secara keseorangan. Ada apa-apa yang saya boleh buat untuk bantu isteri saya, saya pasti akan buat seupaya-upayanya.” Ujaran Encik Jiang yang ikhlas hati ini memang menyerukan saya, dan tentunya sama dengan isterinya.
Masalah kesihatan Encik Jiang tidaklah serius sangat, hanya terdapat motiliti sperma yang kurang ideal. Jadi, saya menyarankan dia untuk menjalankan rawatan rapi selama 3 bulan dan mengajar dia membuat urut titik akunpuntur untuk mengekalkan kesihatan badan. Puan Jiang pula memerlukan rawatan rapi selama 15 bulan.Rawatan rapi yang panjang memang memeranjatkan Puan Jiang tetapi akhirnya dia menerima saranan ini setelah dinasihati oleh suaminya.
Memandangkan tekanan kerja yang berat pada zaman sekarang,baik kaum lelaki mahupun kaum wanita, mereka asyik sibuk kerja dan terpaksa menanggung bebanan besar dari segi fizikal dan mental. Alangkah Encik Jiang dapat bertimbang rasa dan menyayangi isterinya yang mana tidak mempersalahkan Puan Jiang dalam kegagalan kehamilan. Sebaliknya memberi sokongan dan galakan kepada isteri untuk membuat rawatan rapi secara bergigih. Tambahan pula Encik Jiang mengambil ubat secara rutin dan membuat urut titik akupuntur pada setiap hari malah memasak sup tonik untuk isterinya. Apa yang mengagumkan saya ialah Encik Jiang menganggap semua tugasan ini sebagai tanggungjawab sebagai seorang suami. Sikap ini amat terpuji.
Selepas beberapa bulan, Puan Jiang memberitahui saya bahawa kesakitan haid sudah kian berkurangan,dan perasaan kemurungan juga kian ringan. Encik Jiang berasa gembira atas perubahan isterinya sama ada dalam kesihatan badan ataupun emosi. Namun demikian, dia tidak tergesa-gesa membuat rawatan IVF tetapi harap agar isteri dapat meneruskan rawatan rapi demi memperbaiki keadaan badan sampai sempurna. Puan Jiang tidak sependapat dengan suaminya yang mana dia terasa usia sendiri yang semakin meningkat akan menurunkan peluang kehamilan.
“Isteri saya masih terdapat 6 biji pembekuan ovum,jadi boleh tunggu 1 tahun lagi. Saya beritahu dia usah tergesa-gesa nak beranak. Selagi keadaan badan dipelihara sampai ideal, peluang hamil masih ada. Tapi dia masih berasa bimbang. Dr H’ng, tolong nasihat isteri saya.”
Setelah diperingatkan oleh saya dan Encik Jiang, akhirnya Puan Jiang memutuskan untuk membuat rawatan rapi dengan sebulat hati dan tidak lagi kerap hidup dibayangi kerisauan.
Walaupun pendapat dan persefahaman adalah berbeza-beza antara kaum lelaki dan wanita, tetapi sekiranya suami boleh memahami kebingungan isteri dalam masalah ketaksuburan dan memberikan sokongan dan galakan. Bukanlah mengendahkan masalah tetapi mempersama-samakan usaha demi mengharungi segala rintangan. Penderitaan pastinya dapat ditempuhi. Kegigihan dan keyakinan merupakan tangga kejayaan.
Untuk maklumat kesihatan kesuburan yang lanjut , sila layari
https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587
|
|
|
|
|
|
|
| |
|