CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6874|Reply: 1

GOT7 1ST FANMEET DI MALAYSIA PADA 21 MAC 2015

[Copy link]
Post time 26-2-2015 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 26-2-2015 11:24 AM



Kuala Lumpur, 25 Feb 2015
- yeah...welcome back kepada kumpulan baru yang sekarang tengah meningkat naik iaitu GOT7.  yup...mmg pada mulanya bila dikabarkan oleh rakan media bahawa GOT7 akan bakal mengadakan sesi bertemu peminat memang agak sedikit teruja dan terkejut. Tahun lepas mereka datang ke Malaysia tanpa pengetahuan peminat untuk pengembaran music video mereka bertajuk 'A', dimana keseluruhan lokasi pengembaran dibuat di Holy Smoke cafe, perkarangan pusat sukan Extreme Park, dihadapan Burger King dan didalam pasaraya Tesco di Seksyen 13, Shah Alam. Dikabarkan kini Holy Smoke cafe telah mengkhaskan satu sudut khas kepada peminat kpop berkumpul yang dipanggil Kpop Corner.


Erama Creative?? mesti ramai yang tidak tahu siapa mereka. Apatah lagi mereka sebelum ini cuma fokus kepada local entertainment didalam Malaysia. Dan kini mereka mengambil langkah berani dengan membawa anak didik baru naungan JYP Entertainment khas kepada peminat GOT7 Malaysia. GOT7 1ST FANMEETING IN MALAYSIA akan diadakan di KL Live @ Live Centre, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2015 depan. Pelancaran penjualan tiket sebanyak 500 akan dijual pada 28 February 2015 bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Dikabarkan tiket VIP sebanyak 100 keping berserta HI-5 pass hanya akan dijual pada hari pelancaran tersebut. Penjualan tiket akan bermula dari pukul 1.00 petang sehingga 5.00 petang. (hmm...dgr kata tiket fanmeet GOT7 di Bangkok habis terjual dalam masa 10 minit sebaik counter tiket dibuka, bagaimana pula nanti di Malaysia ya...?)



Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenan dengan fanmeeting ini atau anda ingin membeli tiket. Anda bolehlah mengikut maklumat perkembangan terkini dari portal facebook resmi Erama.tv di www.facebook.com/eramatv dan twitter mereka di www.twitter.com/eramadottv. Penaja utama untuk fanmeet ini adalah UMobile yang merupakan penaja resmi telco Erama Cretive.

Bagi yang tidak sempat hadir di hari pelancaran tiket pada 28 February 2015. Tiket-tiket akan mula dijual melalui Ticketpro : www.ticketpro.com.my dan cawangan-cawangan yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi talian hotline mereka di 03-7880 7999.



Artikel oleh : isabel
Press Release disediakan oleh : Erama Creative    



Note dari kaka bel :


Berharap peminat belajar pada pengajaran yang lalu, apa lagi ini adalah fanmeet. Oleh itu jaga etika anda ketika berhadapan dengan bias anda nanti oke.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 03:11 PM | Show all posts
@isabel nak ty, info nie still valid ker...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.348141 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list