View: 5616|Reply: 1
|
Analisis Keputusan Anugerah K Drama CARI 2014 (CARI 2014 K Drama Awards)
[Copy link]
|
|
Edited by dauswq at 5-3-2015 12:32 PM
Keputusan Anugerah K Drama CARI 2014 (CARI 2014 K Drama Awards)
Buletin KPop12:17 PTG
Drama makhluk asing memenangi Drama of The Year, manakala Misaeng mengaut Best Directing dan Best Screenplay sebaliknya.
by dauswq@CARI
Pertarungan antara You Who Came From The Star dengan Misaeng menyaksikan drama sebelumnya merangkul Drama of The Year selain Best Actress, Best Cinematography, Song of The Year dan Best Album Production, 5 daripada 8 pencalonan anugerah TERBAIK yang dipertandingkan. Manakala drama kemudiannya, Misaeng meraih 3 daripada 5 pencalonan iaitu Best Director, Best Screenplay dan Best Supporting Actor.
Akhirnya, CARI 2014 K Drama Awards melabuhkan tirainya. Siapa sangka keputusan yang dipaparkan agak mengejutkan bagi sesetengah pihak tetapi bagi mereka yang sentiasa mengikuti arena k-drama, keputusan CARI 2014 K drama Awards kali ini sedikit sebanyak mencorak kematangan forumer-forumer CARI dalam memilih drama yang seimbang antara populariti dan kualiti untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori masing-masing. Kali ini sudah masuk tahun ke-3 penganjuran CARI K Drama Awards. Penganjur amat berbesar hati sekurang-kurangnya peminat K drama dapat mengetahui drama-drama terbaik pada tahun lepas berdasarkan senarai Top 5 yang dikeluarkan saban tahun.
You Who Came From Stars membolot lima anugerah TERBAIK dan tujuh anugerah POPULAR. Rekod kategori popular yang paling banyak dimenangi masih lagi dikuasai oleh drama Heirs pada tahun 2013 dengan 9 anugerah. You Who Came From Stars mengenepikan pesaing terdekat, Misaeng, It’s Okay That’s Love, Emergency Couple, Secret Love Affair dan Liar Game untuk meraih Drama of The Year pada tahun ini. You Who Came From Stars mengisahkan percintaan antara makhluk asing dengan wanita yang seakan-akan mirip dengan gadis yang dijumpainya ratusan tahun lampau sehingga membuatkannya jatuh cinta kali pertama sewaktu keberangkatannya semula ke bintang asalnya. Drama berkonsepkan fantasi komedi romantik ini sememangnya menjadi kesukaan forumer CARI sehingga mencetuskan fenomena ‘hearttrob’ berpanjangan selama berbulan-bulan pada heronya, Kim Soo Hyun. Namun, drama yang paling dikritik positif pada 2014, Misaeng pula berjaya meraih Best Directing dan Best Screenplay, dua kualiti penting yang menentukan kekuatan sesuatu drama. Drama Misaeng yang berkisarkan tentang alam pekerjaan diakui hebat dengan komposisi lakonan mantap hasil pengarahan berkarisma dan penuh dengan penceritaan mendalam daripada Kim Won Suk. Di samping plot cerita yang tersusun, mampan dan berkesan daripada Jun Yoon Jung. Misaeng mengalahkan penulis It’s Okay That’s Love, Noh Hye Kyung, pemenang dua kali drama TV terbaik Baeksang.
Jo In Sung berjaya menepis pesaing terdekat, Kim Sang Joon (Bad Guys), Kim Soo Hyun (You Who Came From Stars) dan Cho Seung Woo (God Gift 14 Days) dengan penjiwaan watak bersindrom kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) yang ternyata amat berkesan untuk dikurniakan Best Actor. Kemenangan Jo In Sung membuktikan bahawa watak berpenyakit mampu meraih Best Actor setelah Jo Won (Good Doctor) dengan lakonan cacat autistik gagal memperoleh pada tahun lepas.
Kategori Best Actor kali ini diperolehi oleh Jo In Sung daripada drama It’s Okay, That’s Love yang turut meraih PD’s Award for The Best Ensemble Casts bersama-sama Gong Hyo Jin, Lee Kwang Soo, Do Kyung Soo, Cha Hwa Yeon dan Sung Dong Il manakala Best Actress pula diperolehi Jun Ji Hyun dari You Who Came From Stars. Buat pertama kalinya, kategori Best Actress dimenangi dengan watak komedi berslaptik dan lincah yang dilakonkan oleh Jun Ji Hyun setelah sekian lama kategori ini dimenangi dengan watak dramatic berturut-turut, Moon Chae Won – Nice Guy (2012) dan Hwa Jum Eum – Secret Love(2013). Selain itu, Lee Sung Min (Misaeng) dan Lee Je Hoon (Secret Door) masing-masing memperoleh Best Supporting Actor atas lakonan mantap yang dibawa kedua-duanya. Lee Sung Min dikritik positif dengan lakonan sebagai ketua kumpulan jabatan sesebuah syarikat yang berdedikasi dan bertanggungjawab manakala Lee Je Hoon dipuji hebat dengan watak putera malang yang dihukum mati. Kim Hae Sook (Marriage Not Dating) pula merangkul Best Supporting Actress pada kali ini dengan lakonan ibu yang sedikit kejam tetapi dari sisi yang lain ianya sangat dikasihani sehingga mengenepikan pesaing-pesaing terdekat, Kang So Ra – Misaeng dan Park Eun Bin – Secret Door.
Persaingan sengit antara calon-calon Best Supporting Actor berakhir dengan keputusan terikat sama – Lee Sung Min (Misaeng) dan Lee Je Hoon (Secret Door).
Untuk kategori komposisi runut-runut bunyi, Lyn - My Destiny (You Who Came From The Star) dianugerahkan pemenang Song of The Year yang juga membawa pulang Best Album Production untuk drama yang sama. Hampir kesemua runut-runut lagu yang dimuatkan ke dalam drama berkenaan berjaya meraih posisi pertama dalam carta Gaon dan Billboard Kpop Hot 100. My Destiny turut dinobatkan Best Drama OST dalam Melon Music Awards dan Mnet Asian Music Awards. Akhir sekali, kategori istimewa diperkenalkan iaitu drama My Lovely Girl dipilih sebagai drama terburuk (Worst Overrated Drama) kerana naratif yang dikatakan hancur, dan kurang keserasian yang dibawa kedua-dua pelakon utama.
Kim Hae Sook, pelakon veteran yang serba boleh telah berjaya meraih kedua-dua Best Supporting Actress dan Popular Ahjumma.
Kini, kita beralih pula pada kategori POPULAR. Sememangnya You Who Came From Stars berjaya merakamkan kejayaan manis apabila membolot hampir 60 puluh peratus anugerah yang ditawarkan dengan 4 anugerah utama yang dimenanginya – Popular Drama, Popular Actor, Popular Actress, Couple of The Year. Adegan Cheo Song Yi (Jun Ji Hyun) meroyan akibat ditolak cinta oleh Do Min Joon (Kim So Hyun) dipilih sebagai Best Memorable Scene, manakala adegan ciuman di atas pelantar karpet merah oleh pemenang Couple of The Year pada musim ini turut dipilih Best Kissing Scene. Namun, ada sedikit kelainan untuk kategori yang lain. Popular Ahjussi dimenangi oleh pelakon veteran berkaliber, Cha Seung Won dari You Are All Surrounded manakala Popular Ahjumma diperoleh pemenang Best Supporting Actress, Kim Hae Sook. Popular Rookie Actress dimenangi oleh Kim So Yong dari drama Temptation menjadikan ianya satu-satunya anugerah dimenangi Temptation. Pemenang Best Supporting Actress CARI 2012 K Drama Awards, Kim Yoo Jung pula meraih Popular Child Actress.
Tarikan kepada poster sememangnya terletak pada seni kreativiti dan personifikasi gubahan. Poster Fated To Love You dipilih poster popular pada kali ini.
Kesimpulannya, drama YOU WHO CAME FROM THE STAR membuktikan kehebatan mereka dengan menggondol 5 anugerah terbaik dengan kemenangan utama – Drama of The Year diikuti dengan MISAENG dengan 3 anugerah besar dimenangi. YOU WHO CAME FROM THE STAR turut membolot 7 anugerah daripada 13 anugerah yang dipertandingkan. Kedasyatan pengaruh Hallyu Wave Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun menjadi antara penyumbang terbesar kepada kemenangan drama kesukaan ramai ini.
SUMBER: http://buletin-kpop.blogspot.com/2015/03/keputusan-anugerah-k-drama-cari-2014.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|