CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3698|Reply: 2

Hyundai Elantra facelift dilancarkan – harga bermula RM86k

[Copy link]
Post time 6-3-2015 11:15 AM | Show all posts |Read mode


Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model Hyundai Elantra Facelift dikesemua bilik pamerannya seluruh negara bermula semalam.
Model facelift telah menerima 14 penambahbaikkan, dengan objektif mahu menjadikan model ini satu model yang lengkap untuk sebuah kereta di dalam segmen-C bagi pasaran Malaysia. Mempunyai wajah luaran yang lebih tajam berbanding model sebelum ini.


Berikut adalah senarai 14 ciri penambahbaikkan untuk Elantra Facelift
Exterior
  • Ukuran panjang keseluruhan ditambah kepada 4,550 mm – penambahan sebanyak 20mm berbanding model terdahulu, sementara mengekalkan ukuran jarak wheelbase. Bamper hadapan dan belakang lebih 5mm dan 15mm, dengan rekaan yang lebih stabil dan seimbang.
  • Gril radiator dan bamper hadapan rekaan baharu
  • Rekaan lampu kabus yang disemak semula
  • Pengenalan ciri LED Light Guide (untuk varian6 Premium & 1.8 Premium sahaja)
  • Lampu hadapan jenis projektor yang baharu, menonjolkan elemen dinamik serta teknologi tinggi kepada Elantra (untuk varian 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja)
  • Rekaan rim aloi yang dikemaskini
  • Kombinasi lampu belakang baharu yang turut menyerlakan imej premium Elantra
Interior
  • Corong penghawa dingin dikedudukan yang berbeza berbanding sebelum ini
  • Tombol gear baharu, TGS (Transmission Gear Shift)
  • Meter cluster yang ditambah baik dengan paparan 3.4-inci OLED (Organic Light-Emitting Diode) untuk lebih mudah dibaca, disebabkan OLED tersebt lebih terang berbanding paparan konvensional. (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
  • Flex Steer System yang terletak di stereng membolehkan pemandu untuk memilih mod pemanduan dari normal, comfort dan sport (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
  • Terdapat corong penghawa dingin untuk penumpang belakang
  • MirrorLink Audio Visual (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
  • Enam beg udara untuk kedua-dua varian, 1.6 Premium & 1.8 Premium

Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, En. Lau Yit Mun, “Versi baharu Elantra ini sempurna dar setiap segi. Selain dari mengekalkan ciri-ciri yang hebat yang sudah dilengkapi pada Elantra asal, kami telah menambah beberapa ciri-ciri yang lebih hebat kepada model facelift ini,”
Model Elantra facelift ini masih mengekalkan pilihan dua enjin (seperti sebelum ini) – Nu D-VVT 1.8-liter MPI dan Gamma 1.6-liter MPI D-CVVT. Digabugnkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Untuk masa yang terhad (dari 5 Mac – 5 April 2015), pelanggan yang membeli Elantra FL 1.8 Premium akan ditawarkan servis percuma selama 3 tahun atau 60,000km, yang mana datang dahulu.
Boleh didapati dalam lima pilihan warna yang menarik – Creamy White (putih), Phantom Black (hitam), Sleek Silver (perak) dan Tomato Red (merah).
Empat varian ditawarkan (harga untuk semenanjung Malaysia):
Elantra FL 1.6 Elegance – RM85, 888*
Elantra FL 1.6 Executive – RM 95,676*
Elantra FL 1.6 Premium – RM100, 546*
Elantra FL 1.8 Premium – RM114, 984.40*
*Harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber: Hyundai Malaysia
kredit:www.arenakereta.com
               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice car...tapi better get the premium...baru puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 12:03 PM | Show all posts
Nice car kan.. aku tgh usha2 gak Elantra nie.. TT, cer ko kasi skali specs tuk each model. Lagi membantu nak pilih. Aku malas nak google.

Aku nie pompuan, x tgk sngt yg lain2, except for nak leather seat, LCD display. And 1 thing bout this car ada blower tuk back seat. I like. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.203492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list