Konsep Bentley EXP 10 Speed 6 dalam warna British Racing GreenDengan kemasan warna hijau “British Racing Green”, Bentley EXP 10 Speed ​​6 adalah sesuatu yang sangat-sangat tidak dijangka daripada Bentley. Ianya rendah, menampilkan hud panjang klasik, dek reka bentuk pendek yang jauh berbeza daripada gaya tradisional jenama mewah British ini.
Sementara itu, kabin dalamnya benar-benar menarik. Dengan bukaan pintu sayap angsa (swan-wing), tona “tan” kulit Poltrona Frau membaluti kerusi dan pintu, aksen aluminium pada stereng dan tombol gear adalah estetik yang besar. Papan pemuka digital dan pusat tablet adalah antara pemodenan yang diperlukan dalam model-model pengeluaran Bentley, manakala susun atur kokpit seolah-olah meletakkan fokus yang lebih besar ke atas pemandu berbanding Continental GT.