Mazda CX-3 bakal tiba pasaran Malaysia Julai iniSemalam (16 Februari) sumber dari Bermaz iaitu pengedar utara Mazda di Malaysia, telah mengesahkan perkhabaran bahawa Mazda CX-3 (model CBU) bakal dibawa masuk ke Malaysia. Namun, hanya satu sahaja varian boleh didapati nanti.
Laporan kajian CIMB itu turut menyebut kemungkinan besar harga Mazda CX-3 ini adalah di bawah RM130k, dan ada menyebut bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang diberi hak untuk mengedarkan model CX-3 setakat ini. Sehingga kini, spesifikasi CX-3 masih tidak dikeluarkan kepada media.
Telah dipertontonkan secara perdana di Los Angeles Auto Show 2014, CX-3 ini dijangka dilancarkan terlebih dahulu di Jepun pada Mac ini. Setakat ini, Mazda mengesahkan, ia bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter SkyActiv-D diesel dan 2.0 liter SkyActiv-G petrol. Ia dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau auto SkyActiv-Drive dan versi pacuan semua-roda juga ditawarkan.