Audi MTM RS6 Clubsport sungguh orenMempersembahkan Audi MTM RS6 Clubsport, yang sangat berkuasa. Itulah hasil versi yang diubahsuai daripada enjin 4.0 liter, V8 twin-turbocharged Audi. Dengan 750 hp daripada enjin 4.0 liter adalah cukup mengagumkan, ditambah pula dengan 697 lb/ft tork yang dianggap pencapaian yang sangat hebat. Selain daripada itu, MTM dikatakan telah telah berjaya menurunkan berat lebihan hampir 200 paun daripada wagon besar asal. Daripada semua data yang diberikan di atas, pasti dan pasti ianya teramatlah pantas.
Roda 21 inci kelihatan sajak sekali, walaupun kita boleh jangkakan perjalanan (ride) yang kurang selesa dengan tayar senipis itu. Bagi segi dalaman kabin, MTM telah mendapat sentuhan yang dianggap berlebihan, kerana ianya sangat, sangat oren. Setuju?
Tempat duduk MTM pada dasarnya adalah kulit/cengkerang gentian karbon yang dipenuhi dengan padding oren.