View: 1654|Reply: 2
|
Isi minyak waktu malam menjimatkan?
[Copy link]
|
|
Isi minyak waktu malam menjimatkan?Sejumlah 64 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa mengisi minyak pada waktu malam boleh membantu dalam penjimatan bahan api kerana pada waktu malam keadaan persekitaran lebih sejuk. Namun benarkah faktor cuaca memainkan peranan dalam aspek kecekapan bahan api?
Mengulas mengenai kepercayaan ini, Pakar Sains Shell Fuels, Mike Evans berkata, “Walaupun cecair akan bertindak balas dengan suhu sejuk dan panas, namun efeknya hanya pada kadar yang minimum. Oleh itu, mengisi pada waktu malam tidak membantu dalam penjimatan bahan api.”
Berdasarkan kajian yang dijalankan ‘Shell FuelSave Fact or Fiction Study’ ke atas pemandu berusia 18 hingga 40 tahun, terdapat pelbagai kepercayaan atau mitos mengenai penjimatan bahan api yang sering dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Antaranya, 68 peratus pemandu percaya memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan menjadikan ia lebih cekap penggunaan bahan api, 53 peratus pemandu percaya dengan membiarkan enjin hidup untuk mengelakkan proses menghidupkan semula enjin dapat menjimatkan bahan api. Manakala 42 peratus pemandu akan memandu perlahan-lahan; 53 peratus pemandu akan mengurangkan proses penukaran gear untuk membantu menjimatkan bahan api.
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail, “Melalui hasil kajian ini, ia membuktikan betapa pentingnya penjimatan bahan api untuk pengguna jalan raya dengan pelbagai cara dilakukan untuk menjadikan enjin lebih cekap dalam penggunaan bahan api.”
“Walaupun sebahagian kepercayaan yang diperoleh daripada hasil kajian sebenarnya tidak membantu dalam penjimatan, malah membazirkan bahan api. Oleh sebab itu, Shell ingin membantu rakyat Malaysia,” tambah Azman.
Tips dan Fakta Kecekapan Shell FuelSave:Bahan api dan pelincir
1. Tentang bahan api – Semua bahan api tidak sama. Ekonomi bahan api anda boleh dipertingkatkan melalui penggunaan bahan api yang betul. Shell FuelSave tanpa plumbum dan Shell FuelSave Diesel direka untuk bertahan lebih lama dan boleh membantu anda mengurangkan penggunaan bahan api dan kos.
2. Gunakan minyak yang betul – Sentiasa menggunakan gred yang disyorkan minyak motor. Menggunakan pelincir disyorkan pengeluar boleh meningkatkan kecekapan bahan api. Kualiti minyak motor yang tinggi seperti Shell Helix Ultra E juga boleh membantu enjin anda beroperasi dengan lebih cekap.
Penyelenggaraan kenderaan3. Selenggara enjin anda dan mengikuti panduan dalam buku panduan kenderaan anda – Sebuah enjin yang ditala dengan betul boleh meningkatkan ekonomi bahan api, jadi servis dan tukar minyak pelincir mengikut saranan pengeluar kereta anda.
4. Pastikan tayar anda pada tekanan yang betul – Tekanan tayar yang betul dan tepat menjadikan ia lebih selamat dan tahan lebih lama.
Gaya dan tingkah laku pemandu5. Pandu lancar – Pemanduan agresif boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih banyak berbanding pemanduan yang lancar. Elakkan memecut atau membrek terlalu keras dan cuba pastikan kendalikan stereng selembut mungkin.
6. Gunakan gear yang lebih tinggi dan elakkan revving – Penggunaan gear yang lebih tinggi pada kelajuan yang rendah, boleh meningkatkan kecekapan bahan api. Tukar gear pada waktu yang tepat dan baik tanpa mendesak enjin untuk berkerja keras.
7. Pelihara momentum dan jarak kenderaan – Berfikir ke hadapan apabila memandu. Sebagai contoh, perlahankan kenderaan untuk membiarkan lampu isyarat berubah tanpa perlu berhenti sepenuhnya. Pastikan jarak yang wajar dengan kereta di hadapan untuk memberi masa secukupnya untuk memberhentikan kereta.
8. Gunakan mod pemanduan – Menggunakan mod kawalan pemanduan di jalan-jalan utama membantu anda mengekalkan kelajuan yang tetap dan dalam banyak kes, ia akan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
9. Matikan enjin – Matikan enjin jika berada dalam barisan yang panjang atau ketika menunggu seseorang, sehingga anda memerlukannya. Sebagai pandua mudah, matikan enjin jika anda akan berhenti lebih 10 saat.
10. Elakkan kelajuan tinggi – Lebih tinggi kelajuan anda, lebih banyak rintangan angin yang akan anda hadapi, sekali gus menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih untuk kenderaan anda dalam mengekalkan kelajuan tersebut. Jadi pandulah mengikut had kelajuan yang ditetapkan.
11. Penggunaan penyaman udara – Penggunaan penyaman udara menambah tekanan pada enjin dan ia menggunakan bahan api untuk beroperasi, jadi hadkan penggunaannya terutamanya untuk hari panas. Pada hari-hari suhu sejuk mempertimbangkan untuk menggunakan kipas.
Destinasi perjalanan12. Rancang perjalanan sebaiknya dan elakkan tergesa-gesa – Mengurangkan masa yang digunakan di dalam kereta adalah cara yang paling mudah untuk menjimatkan bahan api. Untuk mengurangkan masa memandu, gabungkan semua perjalanan pendek anda dan urusan tugasan ke dalam satu perjalanan. Sebaiknya jika anda boleh melakukan perjalanan di luar waktu puncak, anda akan mengurangkan masa terperangkap dalam lalu lintas dan mengurangkan penggunaan bahan api.
13. Elakkan membawa berat yang berlebihan – Anda mungkin akan terkejut, tetapi setiap tambahan paun atau kilogram memberi kesan kepada kecekapan bahan api anda. Jadi pastikan ruang simpanan barang serta tempat duduk penumpang belakang bersih dan kemas daripada barangan yang tidak diperlukan. Sebagai contoh; set golf.
14. Tanggalkan rak bumbung – Jika anda tidak menggunakan rak bumbung, pastikan anda menanggalkannya. Ia memberi kesan terhadap kecekapan aerodinamik kenderaan anda dan mewujudkan rintangan yang mengurangkan kecekapan penjimatan bahan api.
kredit:www.arenakereta.com
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada la topik camni |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni kemaruk sgt nk kreditla... |
|
|
|
|
|
|
| |
|