Edited by Nusantara77 at 20-3-2015 07:51 AM
Jolla merupakan satu nama yang tidak asing terutamanya dikalangan peminat Nokia pada zaman Symbian. Mereka telah hadir dengan Sailfish OS yang membawakan paparan antaramuka berdasarkan gesture dan tidak membawakan sebarang butang fizikal pada peranti mereka. Untuk tahun ketiga mereka di Mobile World Congress Barcelona, kini mereka telah mempamerkan Sailfish 2.0 dengan peranti terbaru dari mereka, iaitu Jolla Tablet.
Jolla Tablet | Skrin | 7.85-inci 2048 x 1536, 330 ppi | Pemproses | Intel 1.8GHz Quad-core 64-bit | Memori | 2 GB RAM | Storan | 32/64 GB + kad mikro-SD | Kamera Utama / Depan | 5-MP | Kamera Depan | 2- MP Rakaman Luas | Sistem Operasi | Sailfish OS 2.0 | Bateri | 4450 mAh |
Jolla Tablet merupakan tablet keluaran mereka yang harga bermula 249 USD (~RM925). Namun tablet ini tidak tersedia untuk pasaran tempatan, dan hanya boleh dibeli di beberapa negara terpilih. Dari segi spesifikasi, tablet ini mempunyai paparan skrin 2K bersaiz 7.85-inci 330ppi, cip 1.8GHz empat-teras 64-bit Intel, memori 2GB RAM, ruang storan dengan pilihan 32GB atau 64GB dan boleh ditambah menggunakan slot kat Mikro-SD. Ia juga mempunyai kamera utama 5-MP, kamera hadapan 2-MP dan bateri berkapasiti 4450 mAH.
Sistem Sailfish OS 2.0 yang beroperasi pada Tablet ini adalah sistem operasi yang sama berfungsi pada telefon Jolla. Aplikasi Android turut boleh dipasang pada peranti yang beroperasi dengannya. Paparan antaramukanya mempunyai beberapa halaman utama. Apabila memulakan peranti ini, pengguna hanya perlu double tap pada skrin untuk melihat paparan Home Sailfish OS 2.0 yang turut berfungsi seakan-akan task manager, mempamerkan kesemua aplikasi yang sedang beroperasi. Sekiranya pengguna melakukan gesture dari atas peranti, tetapan profile akan keluar, membolehkan pengguna memilih sama ada ingin mematikan notifikasi atau berfungsi secara biasa.
Pada sebelah kiri skrin apabila diseret masuk, akan memaparkan ‘Events’, istilah yang diberikan untuk menyenaraikan kesemua notifikasi pada Sailfish OS 2.0. Disebelah kanan skrin pula terdapat ruang ‘Partner Space’. Pada demonstrasi yang dikongsi bersama kami, ia memaparkan aplikasi Deezer dimana Deezer merupakan rakan kerjasama untuk tablet ini. Jolla akan menjual tablet dengan rakan kerjasama yang berlainan, dan rakan kerjasama tersebut akan memperoleh ruang ‘Partner Spaces’. Bagi melihat kesemua ikon aplikasi, pengguna hanya perlu melakukan gesture dari bahagian bawah peranti keatas.
Satu lagi perkara yang didemonstrasikan secara ringkas adalah ‘The Other Half’ untuk Jolla Phone. Pada bahagian penutup belakang telefon pintar ini boleh diletakkan cip NFC untuk membolehkan telefon menukar tema dan fungsi, sama seperti ‘Partner Spaces’. Pada penutup yang didemonstrasikan ia melancarkan aplikasi Angry Birds Stella, dan terdapat penutup lain yang turut diubahsuai mempunyai papan kekunci namun kami tidak sempat mencubanya. Selain NFC, ia turut berhubung dengan pin kuasa dan juga pin data, membolehkan komuniti pembangun mencuba komponen-komponen lain pada telefon Jolla.
Ini merupakan tahun ketiga Jolla membuka reruai di Mobile World Congress dan yang pastinya sistem operasi mereka dilihat semakin maju. Mungkin dengan sambutan dan sokongan hangat dari negara terpilih termasuklah pendanaan awam dari Indiegogo, harapan kami semoga peranti ini juga tersedia untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
kredit:www.amanz.my
|