Donkervoort bukanlah jenama kereta yang kerap kita dengari tetapi kereta lumba ciptaan mereka adalah unik jika dibandingkan dengan kereta lumba terkenal dari Lamborghini atau Ferrari. Donkervoort ialah sebuah syarikat kereta yang berasal dari Belanda dan kereta keluaran mereka pastinya akan menarik minat mereka yang gemarkan kelainan. Donkervoort D8 GTO ialah kenderaan terkini mereka dan ianya diperkasakan dengan enjin Audi TT 340 kuasa kuda pada moda biasa tetapi dengan menekan butang khas ianya meningkat kepada 400 kuasa kuda.
Donkervoort D8 GTO ialah sebuah kereta yang minimalis dan diperbuat hampir sepenuhnya dengan menggunakan gentian karbon. Berat keseluruhnya hanya 650 kilogram ataupun 6 Obefiend Gemok. Sebuah Donkervoort D8 GTO dijual pada harga USD 150 000 sebuah (RM450 000) tetapi ianya dihasilnya dalam jumlah yang kecil. Hanya 25 Donkervoort D8 GTO akan dibina tahun ini. Expect a waiting list!