View: 1300|Reply: 0
|
Porsche Semper Vivus : Kereta Hibrid Pertama Dunia
[Copy link]
|
|
Edited by Nusantara77 at 25-3-2015 11:33 AM
Sejak bebarapa tahun kebelakangan ini kenderaan HIBRID menjadi the IN THING dikalangan pengeluar kereta dunia. Dengar cerita pihak Proton juga sedang giat menghasilkan kereta hibrid pertama mereka. Bagi menggalakkan penggunaan kereta hibrid yang lebih mesra alam kerajaan kita juga tidak mengenakan cukai pada kereta hibrid yang diimport. Tapi tahukah anda teknologi hibrid bukanlah teknologi baru. Kereta hibrid pertama dunia sebenarnya sudah wujud sejak 1900. Porshe Semper Vivus (Sentiasa Hidup) ini direka khas oleh Dr Ferdinand Porsche untuk World Fair Paris pada tahun 1900. Ianya diperkasakan oleh 2 enjin petrol yang menghasilkan elektrik untuk 2 motor elektrik yang dipasang terus pada hab tayar hadapan.
Secara keseluruahan hanya 11 Semper Vivus berjaya dijual. Sebab utama ianya tidak berjaya ialah kerana harganya yang mahal ketika dijual iaitu 15 000 Kroner sebuah. Tambah lagi teknologi bateri dan motor pada ketika itu masih belum sempurna. Bateri yang digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik terlalu berat. Berat sebuah Semper Vivus ialah 1400 Kg. Motor pada hab tayarnya juga mudah rosak dan tidak cukup efisyen. Ianya hanya mampu bergerak lancar diatas jalan yang landai. Hendak naik bukit? Forget about it kerana motor pada habnya tidak cukup kuat untuk mendaki. Walaupun tidak berapa laku Dr Porshe mengeluarkan beberapa variasi kereta hibridnya sehinggalah beliau menyedari kos yang mahal serta teknologi yang ada membuatkan ideanya tidak economially viable. 111 tahun sudah berlalu dan hanya sekarang teknologi hibrid kembali popular. Cool right?
Laporan asal ConceptCarz
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|