View: 9152|Reply: 7
|
Negarawan Pahang zaman dedulu (sejarah)
[Copy link]
|
rodriguez This user has been deleted
|
ramai juga orang orang pahang yang terkemuka zaman berzaman dan tertulis di dalam lipatan sejarah..yang ni aku cuba listkan(bukan yang sekarang aa)
1. tun teja
puteri sultan pahang yang dilarikan oleh hang tuah untuk persembahan sultan melaka
2. iskandar thani
putera sultan pahang yang dilarikan oleh acheh dan dirajakan di sana..
3. mat kilau
pahlawan pahang yang paling terkenal
4. tok gajah
ayah kepada mat kilau dan merupakan pembesar di pahang.
5. tok bahaman
salah seorang tokoh penting gerakan menentang british di pahang
6. pak sako
salah seorang sasterawan negara yang terbilang.menghasilkan karya anak mat lela gila dan putera gunung tahan yang merangsang minda anak bangsa dalam menentang penjajahan inggeris.
7. tun abd razak
pm mesia yang kedua.salah seorang tokoh penting kemerdekaan tanah melayu. |
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
Dato bahaman
masa muda
gambar dato bahaman yang telah berusia
[ Last edited by rodriguez on 26-1-2004 at 12:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
Pada 26 Dec. 1969, Mat Din dibawa anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu,orangramai mengetahui orang tua itu adalah Mat Kilau. Sebuah Jawatankuasa Penyiasat diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas dan pada 6 Ogos, 1970, dengan perkenan Sultan Pahang, Menteri Besar Pahang Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth mengistiharkan kesahihan Mat Din adalah Mat Kilau yang berusia 123 tahun. Beliau dilahirkan di kampung Kedondong Pulau Tawar. Pada usia 12 tahun,beliau dihantar bapanya, Imam Rasu ke Terengganu untuk belajar di sekolah pondok.
Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Budu dan sultan berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir.
Apabila Dato' Bahaman menentang Inggeris pada tahun 1891.Mat Kilau membantunya.Kehandalan Mat Kilau terbukti dalam perang Lubuk Terua.Namun nasib tidak menyebelahinya.Beberapa tahun kemudian,Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan talibarut Inggeris yang mengkhianati pahlawan-pahlawan Pahang
mat kilau yang berusia 120 an
[ Last edited by rodriguez on 24-1-2004 at 01:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
IzzO_TeRMo This user has been deleted
|
ooo macam tu
ni rupanya muka pahlawan2 tu kan.baru first time aku tengok.rase bangga dengan diorang nie walaupon aku bukan orang pahang.
dulu ayah aku ada pesan, kalau boleh,jangan carik orang pahang sbb diorang ni kasar skit.
sbb tu lah ramai pendekar dari pahang kut.:stp:
at last, aku tersangkut gak dengan orang pahang, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IzzO_TeRMo at 2004-1-25 11:54 PM:
ni rupanya muka pahlawan2 tu kan.baru first time aku tengok.rase bangga dengan diorang nie walaupon aku bukan orang pahang.
dulu ayah aku ada pesan, kalau boleh,jangan carik orang pahang sbb diora ...
keadaan masa tu yang menyebabkan mereka kasar sikit......
tapi atas perjuangan merekalah keluarga aku hidup aman damai kat pahang sekarang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IzzO_TeRMo at 25-1-2004 11:54 PM:
ni rupanya muka pahlawan2 tu kan.baru first time aku tengok.rase bangga dengan diorang nie walaupon aku bukan orang pahang.
dulu ayah aku ada pesan, kalau boleh,jangan carik orang pahang sbb diora ...
ehhh..aku nie org pahang..tapi lemah lembut tau..
ehhh???ye ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
iskandar thani? org pahang rupanya
pasal dia laaa acheh berjaya menjadi salah satu kuasa kuat dirantau ini satu ketika dulu |
|
|
|
|
|
|
aneuk_pidie This user has been deleted
|
Tun Sri Lanang, juga beraasal Pahang ke? ada yang punya foto beliau?
Salam Kenal
Tun Sri Lanang: Permata Melayu di Negeri Aceh
Oleh: M. Adli Abdullah
TERBENGKALAI - Makam Datok Bendahara (Tun Sri Lanang) Ampon Syik pertama Samalanga (1615-1659) di Lancok, Samalanga, Bireuen, Aceh.
KEBESARAN Kesultanan Islam Melaka hancur setelah Portugis menaklukinya tahun 1511 M. Banyak pembesar pembesar kerajaan yang menyelamatkan diri ke kerajaan lainnya yang belum dijamah oleh Portugis, seperti Pahang, Johor, Pidie, Aru (Pulau Kampai), Perlak, Daya, Pattani Pasai dan Aceh. Portugispun berusaha menakluki negeri Islam yang kecil kecil ini dan tanpa perlawanan yang berarti.
Perkembangan ini sangat menggundahkan Sultan Alaidin Mughayatsyah (1514-1530 M). Sultan berkeinginan untuk membebaskan negeri Islam di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu dari cengkeraman Portugis. Keinginan Sultan ini didukung penuh oleh pembesar negeri Aceh dan dan para pencari suaka dari Melaka yang sekarang menetap di Bandar Aceh. Sultan memproklamirkan Kerajaan Islam Aceh Darussalam pada tahun 1521 M, dengan visi utamanya menyatukan negeri kecil seperti Pedir, Daya, Pasai, Tamiang, Perlak dan Aru.
Sultan Alaidin Ali Mughayatsyah berprinsip "Siapa kuat hidup, siapa lemah tenggelam" oleh karenanya dalam pikiran Sultan untuk membangun negeri yang baru
diproklamirkannya perlu penguatan di bidang politik luar negeri, militer yang tangguh ekonomi yang handal dan pengaturan hukum/ketatanegaraan yang teratur. (baca HM Said, Aceh Sepanjang Abad hlm 102). Dengan strategi inilah menurut pikiran Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam akan menjadi Negara yang akan diperhitungkan dalam percaturan politik global sesuai dengan masanya dan mampu mengusir Portugis dari negeri negeri Islam di nusantara yang telah didudukinya.
Dasar pembangunan kerajaan Islam Aceh Darussalam yang digagaskan oleh Sultan Alaidin Ali Mughayatsyah dilanjutkan oleh penggantinya seperti Sultan Alaidin Riayatsyah Alqahhar, Alaidin Mansyursyah, Saidil Mukammil dan Iskandar Muda. Aliansi dengan Negara Negara Islam di bentuk.baik yang ada di nusantara maupun di dunia internasional lainnya, misalnya Turki, India, Persia, Maroko. Pada zaman inilah Aceh mampu menempatkan diri dalam kelompok "lima besar Islam" Negara Negara Islam di dunia. Hubungan diplomatic dengan negeri non muslimpun dibina sepanjang tidak mengganggu dan tidak bertentangan dengan asas asas kerajaan (baca A. Hasymi, Kebudayaan Aceh dalam Sejarah, hlm 104,105,114,297) .
Perseteruan kerajaan Aceh dengan Portugis terus
berlangsung sampai tahun 1641 M. Akibatnya banyak anak
negeri yang syahid baik itu di Aceh sendiri, Aru,
Bintan, Kedah, Johor, Pahang dan Trenggano. Populasi
penduduk Aceh menurun drastis. Sultan Iskandar Muda
mengambil kebijakan baru dengan menggalakkan penduduk
di daerah takluknya untuk berimigrasi ke Aceh inti,
misalnya dari Sumatera Barat, Kedah, Pahang, Johor dan
Melaka, Perak, Deli. W Linehan, mengatakan "the whole
territory of Acheh was almost depopulated by war. The
king endeavoured to repeople the country by his
conquests. Having ravaged the kingdoms of Johore,
Pahang, Kedah, Perak and Deli, he transported the
inhabitants from those place to Acheh to the number of
twenty-two thousand person". (W.LINEHAN, A History of
Pahang, hlm 36). Peristiwa ini terjadi pada masa
pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636).
Pada tahun 1613 M Iskandar Muda menghancurkan Batu
Sawar, Johor seluruh penduduknya termasuk sultan
Alauddin Riayatshah III, adiknya Raja Abdullah, Raja
Raden dan pembesar pembesar negeri Johor-Pahang
seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Putri Kamaliah
(Protroe Phang), dan Bendaharanya (Perdana Menteri)
Tun Muhammad, lebih dikenal dengan nama samarannya
"Tun Sri Lanang" dipindahkan ke Aceh dan dijadikan
raja pertama Samalanga (1615-1659). Tun Sri Lanang
inilah yang akan penulis diskusikan pada hari ini
didasarkan pada:
1. Tiga Sultan kerajaan negeri di Malaysia yaitu Johor, Pahang dan Trenggano adalah keturunan Tun Sri Lanang.
2. Pemerintah Malaysia telah menetapkan Tun Sri Lanang sebagai pujangga agung bersama Abdullah Munsyi. Bahkan pemerintah Malaysia menabalkan nama Tun Sri Lanang pada jalan jalan utama dan gedung gedung pertemuan baik di kalangan akademik maupun tempat pertemuan lainnya.
3. Karya Tun Sri Lanang "Sulalatus Salatin" telah menjadi rujukan apabila ingin menuliskan Sejarah Melayu Modern.
4. Sedikit sekali masyarakat Aceh yang pernah mendengar nama Tun Sri Lanang apalagi mempelajari kisah hidupnya padahal beliau menghabiskan masa akhir hidupnya di Aceh dan menjadi Ampon syik pertama Samalanga serta dimakamkan di sebuah desa kecil lancok
kecamatan Samalanga..
5. Tun Sri Lanang ini bisa dijadikan perekat hubungan antara Aceh dengan Malaysia.
selengkapnya sile baca di www.tunsrilanang.com |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|