CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 0

KAFA intai pemain import baharu

[Copy link]
Post time 7-4-2015 08:07 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang meneliti beberapa pemain import baharu untuk dibawa masuk setelah prestasi hambar dipamerkan oleh pemain import sedia ada dalam pasukan itu.
                Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan itu memerlukan perubahan dari segi pemain import sekiranya Kelantan mahu terus mencabar kejuaraan pada musim ini.

"Kita sedang membawa beberapa lagi pemain import, hari itu kita dah bawa dua pemain iaitu Gonzalo Bonafina dan Federico Fioramonti dari Argentina dan kita tidak puas hati.

"Dua lagi pemain dah sampai iaitu pemain kebangsaan Benin, Adjai Moussa dan pemain kebangsaan Nigeria, Austin Amutu. Kita juga membuat jemputan kepada pemain dari Brazil dan Macedonia, mereka akan sampai (dalam masa terdekat)," katanya.

Beliau berkata kedudukan pemain import sedia ada akan dinilai apabila pasukan Kelantan bertemu Sime Darby dalam saingan Piala FA, Rabu ini.

"Dalam minggu ini kita akan tengok perlawanan dengan Sime Darby untuk kita buat keputusan muktamad tentang kedudukan pemain import kita.

"Ini untuk memberi keadilan (untuk pemain import) dan selepas itu Kafa akan buat satu ketetapan, kalau keadaan memerlukan kita menukar (pemain import), kita tidak teragak-agak kerana kita mahu pasukan jadi kuat," katanya.

Sebelum ini, jurulatih baharu Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah dilaporkan berkata pasukan itu perlu membuat rombakan barisan pemain import sedia ada bagi memantapkan lagi kesebelasan utama pasukan itu.

Jendela perpindahan pemain dibuka bermula April ini dan Kelantan kini memiliki empat pemain import iaitu Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo dari Liberia, Jonathan McKain dari Australia dan Erwin Carillo dari Colombia.

Pada musim ini, Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super selepas hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dalam enam perlawanan dan kini berada pada kedudukan kelapan liga dengan tujuh mata.

Ketika ditanya adakah tiket perlawanan pasukan Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), Annuar berkata tiket perlawanan akan dikenakan cukai berkenaan.

"Kalau kita nak serap CBP, kita pun dah memang miskin kalau tidak bertambah miskin ditambah beli pemain baharu, kos lagi.

"Jadi kita tidak boleh bermurah hati dari segi itu (CBP) tetapi kalau ingin (harga) dinaikkan macam mana, astaka berapa dan terbuka berapa, anggota jawatankuasa (AJK) KAFA akan putuskan tetapi telahpun disahkan tiket ada CBP," katanya.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.164468 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list