View: 1766|Reply: 0
|
Anis Faron berdepan siasatan oleh FAM
[Copy link]
|
|

Baru-baru ini penjaga gawang Johor Darul Takzim II (JDT II) Anis Faron Ahmad telah ditahan polis ekoran dikatakan melontar kata-kata kesat kepada pasukan keselamatan namun satu lagi insiden berlaku kali ini melibatkan FAM.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memanggil Anis Faron yang dikatakan telah menghina badan induk bola sepak negara melalui laman sosial miliknya.
Menurut laporan di akhbar online Utusan, FAM mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya akaun Facebook bernama Newar Berduri Aduh Sakitnya adalah milik pemain itu.
Akaun tersebut telah mengkritik pengadil perlawanan Mohd Jeffrey Zolkefli yang dianggap gagal menjalankan tanggungjawab ketika Pulau Pinang mementang JDT II disamping menggelar pasukan keselamatan yang ada sebagai tunggul kerana tidak menghalang penyokong P.Pinang yang membaling batu kearahnya.
Kredit imej: Anis Faron Fans Club (AFFC)
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|