CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 1

Dari kartunis kampung kepada musuh No 1 Umno Baru

[Copy link]
Post time 10-4-2015 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 10-4-2015 07:12 AM

Dari kartunis kampung kepada musuh No 1 Umno Baru





oleh Mariam Mokhtar
[size=0.875]PERSONALITI: Zunar mula melukis kartun pada usia yang muda. Rakan-rakan sekolah rendahnya di Pendang, Kedah gemar berkongsi kartunnya. Ketika berusia 11 tahun, beliau semakin bersemangat apabila Majalah Bambino menerbitkan kartunnya. Di mata rakan sekolah dan kampungnya, dia adalah seorang wira, budak kampung yang telah berjaya dalam dunia penerbitan.
[size=0.875]Ini diikuti pula dengan lebih banyak kejayaan, dan kartun beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Namun tidak beliau sangka bahawa 40 tahun kemudian, dia akan dianggap sebagai musuh nombor satu Umno Baru dan mendapat pengiktirafan dunia.
[size=0.875]Jadi, mengapakah Zunar dibenci oleh pihak berkuasa?
[size=0.875]Pertamanya, Zunar adalah seperti kita semua. Beliau tidak menjadi ahli dalam mana-mana NGO atau parti politik. Hubungan politik beliau dapat dilihat dari lukisan-lukisan beliau. Beliau pernah berkata bahawa jika Pakatan berjaya mendapat mandat, beliau akan memberikan mereka masa yang munasabah untuk mula memperbetulkan semua kesalahan UMNO Baru. Selepas itu, beliau akan memberikan pemimpin-pemimpinnya tahap penelitian yang sama dengan pemimpin-pemimpin Umno Baru. Beliau mensasarkan pemimpin kerana mereka adalah pembuat keputusan.
[size=0.875]Keduanya, Zunar tidak takut dengan ancaman. Individu-individu yang lemah semangat telah tunduk kepada tekanan, dan kini sedang menikmati ganjaran kuasa, kedudukan dan wang, dengan mengkhianati rakyat. Suara hati Zunar adalah jelas.
[size=0.875]Ketiga, Zunar adalah seorang kartunis berbakat dan dia mempunyai tarikan meluas. Peminat termuda Zunar berusia tujuh tahun, dan memiliki setiap buku dalam koleksi Zunar. Dia menggemari kartunnya kerana ianya lucu. Seorang dewasa muda mendedahkan bahawa pemahamannya tentang politik meningkat, apabila dia semakin matang, dan kartun-kartun Zunar menjadi semakin penting dan relevan.
[size=0.875]Keempat. Kartun Zunar tidak mengenal sempadan kaum atau agama. Rakyat Malaysia bersatu dalam mengecam rasuah dan ketidakadilan. Tidak kira jika kartun Zunar dihargai oleh orang Melayu atau Cina, Orang Asli atau India. Pembacanya mengetahui bahawa dia mengkritik orang Islam dan bukannya agama Islam. Malangnya, pihak berkuasa tidak dapat melihat perbezaan yang penting ini.
[size=0.875]Kelima. Karya Zunar diiktiraf secara meluas di seluruh dunia. Orang asing yang sudah biasa dengan politik Malaysia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang isu-isunya. Mereka yang mungkin tidak faham perihal tersirat, tidak sukar untuk memahami mesej yang disampaikan. Sifat mudah dan jelas karyanya adalah apa yang ditakuti oleh Umno Baru.
[size=0.875]Keenam. Zunar berbangsa Melayu. Umno Baru takutkan orang Melayu yang bersikap anti-pemilik kuasa. Orang Melayu yang enggan akur kepada kehendak parti, mesti dihukum kerana ia memperkasakan orang Melayu lain untuk mempersoalkan salah-salah laku, dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
[size=0.875]Ketujuh. Zunar cenderung membongkarkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan dan kartunnya disiarkan secara terbuka kepada semua orang, dan boleh diakses untuk dimuat turun dari laman sesawang beliau, www.zunar.my.
[size=0.875]Kelapan. Beliau kerap dijemput menyampaikan ucapan-ucapan di universiti-universiti di luar negara, dan dalam perjalanan terakhir beliau ke England, berucap kepada kedua-dua ahli akademik dan pelajar di Universiti Oxford. Beliau mempunyai banyak tugasan, dalam perancangan, dengan universiti-universiti utama. Publisiti negatif tentang penyelewengan Umno Baru adalah apa yang pihak berkuasa mahu kekang.
[size=0.875]Kesembilan. Walaupun ditangkap, setelah pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas, Zunar telah memberitahu pihak berkuasa, "Saya akan menentang kezaliman sehingga titisan terakhir dakwat pen saya."
[size=0.875]Kesepuluh. Zunar adalah musuh nombor satu Umno Baru kerana beliau adalah seorang "ahli kreatif". Beliau menggabungkan aktivisme dengan kreativiti, untuk mengkritik rejim Malaysia yang menindas. Ini menjadikan beliau unik. Pihak berkuasa boleh mengharamkan buku-buku beliau, mengganggu kakitangan dan mengheretnya ke penjara, tetapi mereka tidak boleh mengharamkan mindanya. Ahli-ahli kreatif adalah mimpi paling buruk Umno Baru.


- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.x6kJIip0.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 01:29 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Dia lukis pong berat sebelah... Sepatotnya dia neutral lah...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.955022 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list