CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 0

Nissan Lannia 2015 bakal muncul di Auto Shanghai pada 20 Apr ini

[Copy link]
Post time 16-4-2015 11:13 AM | Show all posts |Read mode


Seakan tidak sabar untuk melakukan penampilan perdana yang dijadualkan berlangsung pada 20 April ini di Auto Shanghai 2015, Nissan telah menyebarkan satu lagi video berkenaan dengan model produksi Lannia.

Direka bagi menarik golongan muda, Nissan Lania memiliki evolusi tersendiri dan diadaptasikan menerusi model konsep yang digelar Friend-ME yang pernah dipertontonkan suatu ketika dahulu.

Menerusi video yang disebarkan ini, kelihatan lampu utama dan lampu belakang yang sedikit besar dengan profil sisi yang lebih mantap. Manakala bahagian kabinnya pula menampilkan tombol gear yang berkilat, butang penghidup enjin, sistem kawalan suhu dua zon, brek tangan konvensional dan kekemasan berwarna merah pada bahagian konsol tengah.

Buat setakat ini Nissan Lannia hanya diproduksikan buat pasaran China sahaja. Namun ia tidak menjadi suatu perkara yang mustahil jika bakal dipasarkan di negara lain, bergantung pada permintaan.


kredit:www.infokereta.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044862 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list