Kayu selfie ialah aksesori yang pada awalnya dicipta untuk kegunaan kamera aksi GoPro tetapi kini lebih digunakan oleh pemilik peranti pintar. Kerana kepopularannya kini sudah ada kayu selfie untuk tablet dihasilkan. Pada asalnya tongkat GoPro dicipta bagi memudahkan peminat sukan lasak merakan aksi berani mereka tanpa memerlukan bantuan orang lain. Stigma negatif kayu selfie membuatkannya diharamkan dari digunakan di beberapa tempat pelancongan dunia. Jika kayu selfe adalah terlalu biasa bagi anda kini wujud pula GoKnuckles. Ia adalah pemegang kamera GoPro yang kelihatan seperti buku lima. GoKnuckles memberikan genggaman yang lebih jitu buat pengguna berbanding kayu selfie yang ada sekarang. Selain daripada itu ianya nampak lebih menarik dari sebuah tongkat besi biasa. Pemegang kamera GoKnuckles ini sesuai digunakan oleh kesemua jenis kamera GoPro Hero yang ada di pasaran dan dijual pada harga $19sepenumbuk. Dengan kewujudan GoKnuckles untuk GoPro kini kami menanti masa sahaja sebelum “buku lima selfie” dihasilkan untuk kegunaan peranti pintar.
|