|
Asal Usul Nama Tempat di Sabah [by:- ajijah & Harry Potter]
[Copy link]
|
Chickenx This user has been deleted
|
Ya betul tu...kau cerita laa seja dalam inglish.. bulih juga aku ikut memahami nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul tu, bolehlah kita tambahkan info dan pengetahuan kita tentang tanah tumpah darah kita. Kira inipun warisan yang akan kita turunkan utk anak cucu kita nanti. |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Originally posted by Chickenx at 2004-1-30 11:50 AM:
Ya betul tu...kau cerita laa seja dalam inglish.. bulih juga aku ikut memahami nya...
Ok nantilah.. kalau sia sampai kampung nanti sia ambil.. |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Sia tida jumpalah buku itu...
talampau banyak bah buku disini... |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
patut cerita asal-usul sandakan taruh disini.. |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Cerita Nunuk Ragang..
NUNUK RAGANG
Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tmepat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.
Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membnat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru. |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
sambungan...
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.
Taha Abdul Kadir. Cerita Tradisi Sabah. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 1985. m/s 1-9. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhh bepinar mata ku membacanya Harry.......:lol
Aku macam parnah baca cerita ni tapi dimana ya??? Wei citer apax pun boleh
ka....Bukan apa cerita rakyat ni berapa kerat saja...At least kalau cerita apax
pun masuk lagi meriah..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
tq..... tpaksa sia kupi pas dulu..... malam baru baca......:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
nanti sia balik kampung dulu, tanya datuk sia cerita rakyat sabah ni mesti banyak dia punya cerita sebab umur dia sudah 91 tahun.... tunggu jangan tak tunggu |
|
|
|
|
|
|
Mat`Roket This user has been deleted
|
Nunuk Taragang Rasuk.....
bukan ada lagu dusun kar tu ? |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Sumandak taragang rasuk bah tu.. |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Daerah Beaufort Sabah
Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.
- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19 |
|
|
|
|
|
|
|
asal usul nama daerah kudat..
bagi oranh sabahan yang bukan menetap di kudat, satu2 ingatan mereka tentang lkudat adalah 'SIMPANG MENGAYAU' ,tul kan!
tapi menurut citer nenek saya (orang tua2 la katakan) nama kudat tu berasal dari perkataan 'kutad' yang bermaksud lalang yang diambil dari perkataan kaum rungus.hah? napa:hmm::hmm: sebabnya....suatu ketika dulu kudat ni merupakan suatu kawasan lalang yang sangat luas...penduduk asal kudat adalah kaum rungus (yang terkenal ngan seni membuat gong, rumah panjang n manik). secara tidak langsung orang rungus pun menyebutlah tempat ni (dululah) 'kutad'. tetapi lama kelamaan apabila kedatangan kaum cina di kudat (penyebutan mereka ada pelat ckit..)jadilah 'kutad' tu pi 'kudat'
tu versi nama asl usul kudat dari pandangan kaum rungus tapi bagi kaum ubia lak ada lain sket...bila kaum ubian mendarat di kudat pada zaman atuk nenek kita....mereka sangat terkezut melihat kudat ni sebuah tempay yang penuh ngan lalang hinggakan mereka tersebut 'takudat aku' yang bermaksud terkejut aku. so campur tolak darab bahagi n hasil persetujuaan yang lama metap di kudat jadi lahirlah nama KUDAT....
p/s:hmm::hmm:korang tahukan ka kudat penah jadi ibu negeri sabah sebelum dipindahkan ke kota kinabalu/api2/jesselton? tahu dari sejarah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Harry Potter at 13-1-2004 11:44 AM:
Mungkin juga... sayang teda urang mengatal di sini..
Uupss.. sia urang menggatal bah... hehe..lol
menurut cerita yg. sa dengar... perkataan 'menggatal' ni bermula dari perkataan 'mangga-gatal' mungkin ia merujuk kpd buah 'bulunu'...
untuk memendekkan panggilan dorang panggil 'menggatal' ja lah...
Nyway banyak lagi versi cerita nama menggatal ni... cuma tu ja sa ingat... |
|
|
|
|
|
|
|
Siok jugak nie baca cerita tentang asal usul sesuatu daerah...Ya asal usul pasal Keningau nie diambil sempena nama pokok kayu manis yg byk tumbuh di sana pada masa dahulu...tapi sekarang nie mungkin tinggal dia punya tunggullah...teda sudah pokok....kalau ada pun teda orang boleh cam itu adalah pokok kayu manis..orang2 tua mungkin boleh cam lah... |
|
|
|
|
|
|
|
:jeling: aaaaa ini....mcm mana bundu tuhan dpt nama......
mengikut apa yang sya dengarla di sana dulu2 banyak 2 pokok buah bulunu jadik ada satu masa 2 kan itu pokok bulunupun bebuah...banyakkkkla ba konon 2 ( beribu2 buah bulunu ) sampaikan klu dia urang kasi kumpul betimbun itu buah bulunu sampai RUNTUH itu timbunan buah bulunu......
jadik klu kasi trans itu bahasa melayu p bahasa dusun.......
bulunu/bundu.............buah bulunu/bundu
tuhan/notuhan...........runtuh
=bahasa melayu = buah bundu runtuh
=bahasa dusun = bundu tuhan
:bgrin: soriiii klu ndak ngam aaaaa inipun sya dengar cerita dari org2 di kawasan2 bt :tq: :tq: :tq: perbetulkan klu ndak ngam:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
cerita dari orang tua-tua
asal usul nama Simpang mengayau
ada yang pernah pergi sana ?mandi laut?pantai dia cantik ? batu hujung borneo tu cantik ?
adak anda tau asal usulnya ? mungkin ada forumer yang tau asal usulnya .
sempang=simpangan ? mengayau = ?
sini sia mo carita sikit ..dari mulut datuk saya.
simpangmangayau tu dulu disebut oleh orang rungus sebagai pompod tana atau lebih sedap dalam malayu hujung dunia. tempat tu kemudianya menjadi tempat orang rungus menyerang kapal2 dagang atau kapal2 lanun yang lalu si kawasan tersebut. ya la mo pergi ke brunei dari filipin ka china ada yang lalu hujung sabah tu.lebih kurang macam tempat yang dinamakan Cape of the golden hope di south africa tu.aktivit ne dinamakan mangazou oleh orang rungus ..macam aktiviti head hunter juga sikit bezanya diorang ambil telinga tawanan dan rampas barang ja masa tu.buktinya atuk saya ada barang pusaka berusia ratusan tahun dan ada tulisan chinese dan koleksi telinga manusia yang telah dikeringkan. orang dulu2 ni ada ilmunya dan bukan keluar mangazou sesuka hati. dan disebabkan tempat tu menjadi lokasi mangazou dan adanya batu2 cantik di hujung tu(batu besar = pampang). maka diorang sebut tempat tu pampang mangazou.dan apabila pemetaan dilakukan mangazou susah disebut jadi tempat tu menjadi sampang mangayau asalnya sebelum menjadi sempang mengayau.dan kekal sampai sekarang.kalau ada sesiapa yang ada versi lain boleh la post.
saya juga pernah dengar sempang mengayau pernah digunakan oleh ferdinand megallen untuk membaiki kapalnya.tapi masa tu dia sudah mati di filipin, yang tinggal ialah henry the black@mr. black@enrique de mallaca@panglima awang(diberikan oleh harun aminurashid) yang membawa kapal meggelan tu balik spanyol.dikatakan group mereka tidak dia-apakan kerana Mr. black boleh bertutur dalam bahasa tempatan. tapi tida pasti sangat la. siapa ada maklumat lanjut mengenai Mr. Black boleh cerita sikit ka, dia adalah orang pertama mengelilingi dunia. susah ba cari maklumat dia ni ...mcm kena sembunyi betul.
P/s : kutad=lalang ( kudat banyak lalang)
[ Last edited by tinangol_csm at 3-10-2006 09:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tudan baru
Sejarah pembukaan Kampung Tudan Baru bermula awal tahun 1959 oleh penduduk-penduduk yang berhijrah daripada Kampung Tudan, Kg. Sondoton dan Kg. Karanaan di daerah Ranau.Penghijrahan pertama adalah keluarga allahyarham Jamil Yusof (arwah pakcik ku yg tercenta ) dan allahyarham Jamil Suman kemudian diikuti oleh keluarga-keluarga lain seperti Tuan Haji Mokhsin Suman, Encik Juhian Kundahal, Musiman Abalan, Majani Gadau, Rakim Gadau, Suin Sumir, Saian Kimbarat, Kumin Kindingan, Sarumin Ahandal, Sidie Sukiman, Samin Anggal dan ramai lagi. (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).
details at: http://gdwtudanbaru.com/gdwtudanbaru.htm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|