CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4330|Reply: 0

Facebook Mengemaskini Algoritma News Feed

[Copy link]
Post time 22-4-2015 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 22-4-2015 08:28 AM

Facebook Mengemaskini Algoritma News Feed Untuk Memberikan Keutamaan Kepada Kemaskini Rakan Berbanding Pages
Facebook hari ini melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mana mereka sedang dalam proses mengemaskini algoritma kepada halaman News Feed pada perkhidmatan mereka, dimana ia bakal membawakan kepada beberapa perubahan berkaitan bagaimana kemaskini akan dipaparkan selepas ini.


Menurut Facebook, kemaskini baru ini lebih mengutamakan kepada perkongsian daripada rakan-rakan anda, selain turut memaparkan ia pada bahagian lebih atas berbanding kebiasaan. Facebook inginkan anda tidak terlepas sebarang kemaskini daripada rakan-rakan dengan perubahan ini.
Disamping itu, Facebook juga turut mengatakan mereka akan mengurangkan paparan interaksi rakan-rakan anda dengan rakan lain atau Facebook Pages lain. Facebook mengatakan ramai tidak mengemarkan perkara ini, dan algoritma baru ini akan kurang memaparkannya berbanding sebelum ini.


News Feed baru juga turut dikemaskini untuk memaparkan lebih banyak perkongsian daripada Facebook Pages yang diminati anda. Sebelum ini, Facebook jarang memaparkan kemaskini sama daripada sesuatu Facebook Page yang sama pada halaman News Feed, tetapi ia akan berubah selepas ini berdasarkan kepada interaksi pengguna dengan laman tersebut.


Perkara ini semestinya akan digemari ramai pengguna seluruh dunia memandangkan mereka akan kurang melihat perkongsian berbentuk pengiklanan dan lebih memfokuskan kepada rakan-rakan mereka semula. Tetapi pada masa yang sama, berkemungkinan juga ia akan memberikan sedikit impak kepada para penerbit web yang menggunakan platform Facebook untuk perkongsian.

Kita mungkin akan dapat melihat perubahan pada algoritma paparan News Feed ini dalam masa terdekat ini.
SUMBER RUJUKAN: FACEBOOK
kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097705 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list