Mencuri gemilang Auto Shanghai 2015, Nissan turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model Murano Hybrid di sana. Direka sebahai “kekuatan Nissan dalam membawakan pilihan kenderaan yang lebih mampan di China”, Murano Hybrid ini dijanakan oleh enjin 2.5 liter supercharged, motor elektrik dan bateri kompak lithium-ion. Buat masa ini spesifikasi prestasinya masih belum dirungkai namun kebarangkalian penjana kuasanya menggunakan Pathfinder Hybrid yang mampu menghasilkan gabungan kuasa sehingga 250 hp dan tork 329 Nm. Murano Hybrid ini juga dikatakan mampu memberikan pacuan yang memberangsangkan, di sambing menawarkan penjimatan bahan api yang lebih efisien, umpama enjin 2.0 liter empat-silinder. Ia dijadual bakal dipasarkan di China pada musim panas ini, namun tiada pengesahan bilakah bakal dijual di peringkat global. kredit: www.infokereta.com
Nissan Murano 2015
|