CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16315|Reply: 5

PELAKON MALAYSIA, EMILY CHAN DUTA BERSAMA LEE MIN HO

[Copy link]
Post time 16-4-2015 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 16-4-2015 04:51 PM



KUALA LUMPUR - Sejak tercetus kisah percintaan bintang idol yang hangat masa kini iaitu Lee Min Ho bersama cinta hati barunya iaitu Suzy. Yeah...sudah semestinya ianya adalah topik hangat masa kini sebab bukan senang peminat dapat mendengar keterbukaan pasangan idol yang bercinta tampil dengan berani secara umum di khalayak ramai.


Oke, bukan itu yang ingin kita perkatakan sekarang. Terkini, Lee Min Ho akan bakal bertendang kembali ke Malaysia dan kali ini beliau sebagai duta baru 11street, Korean online portal yang dibuka di NU Sentral Mall Kuala Lumpur. Bukan itu saja, pelakon Malaysia iaitu Emily Chan adalah merupakan pasangan duta beliau. Dan dikabarkan Emily Chan sekarang berada di Korea untuk sesi pengambaraan iklan 11street yang akan dilancarkan bersamaan pelancaran butik 11street pada 24 April 2015.

11street yang berpangkalan di Korea, dibuka pada tahun 2008 and mempunyai 400,000 penjual yang bernaung dibawah 11street memberikan perkhidmatan online kepada 30 juta pengguna seluruh dunia. 11street juga mempunyai pangkalan di Turkey dan juga Indonesia dan Malaysia adalah merupakan pangkalan terbaru mereka.  

CEO 11street, En. Kim Hoseok berkata pada sesi pelancaran tersebut, mereka akan memperkenalkan 11street sebagai 'e-mall' di Malaysia yang membawakan pelbagai product paling terkini yang kebanyakkannya adalah dari Korea dengan harga tawaran harga yang pastinya rendah dan berpatutan.


Anda ingin bertemu dengan Lee Min Ho?

Sebanyak 40 exclusive pass akan diberikan kepada pembeli yang mendaftar 'online' dimana pembeli bertuah akan berpeluang untuk mendapatkan 'autograph' dan bergambar bersama dengan Lee Min Ho. Peminat yang ingin turut serta dalam sesi 'meet and greet' kenalah melayari facebook mereka (https://www.facebook.com/11street.my) untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh 11street.

11street main page, anda boleh layari link ini : http://www.11street.my/browsing/Main/categoryShowMain.do?gclid=CMH779Sv-sQCFQWSjgoddaQA7Q


11street akan dilancarkan secara umum dengan penampilan kedua-dua Duta mereka iaitu Lee Min Ho dan Emily Chan pada 24 April 2015 bertempat di NU Sentralyang akan bermula pada 5 petang.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melihat secara dekat buah hati Suzy ini, anda boleh datang ke pelancaran tersebut dan sambil itu boleh juga meninjau product mereka yang dipaparkan dibutik tersebut kerana akan diadakan juga 'lucky draw' sekiranya anda membeli product mereka.

Jumpa anda semua disana...


Press Release disediakan oleh : 11street
Editor : isabel




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 04:56 PM | Show all posts
ohhh kutip tacang. jangan mara ye mod
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:50 AM | Show all posts
terus popular Emily nih

tetiba teringat kak jel @Jelita
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:42 PM | Show all posts
Emily ada potensi utk kembangkan bakat dia kat Korea.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:54 PM | Show all posts
EMILY??  dok kenai la pulok kak nab ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 08:55 PM | Show all posts

LEE MIN HO DAN EMILY CHAN BERTEMU KEMBALI DI MALAYSIA

Edited by isabel at 27-4-2015 08:55 PM



Kuala Lumpur
: Kemunculan semula Lee Min Ho di Malaysia selepas tidak sampai 3 bulan pada Januari tahun ini memang sangat mengujakan peminat Malaysia terutama 'Minoz Malaysia'. Kedatangan beliau kali ini adalah sebagai Duta kepada online shopping mall iaitu 11street Malaysia yang dilancarkan secara resminya pada 24 April 2015 di NU Sentral.

11street memperkenalkan pasaran dalam taliannya www.11street.my sebagai e-mall terkini di Malaysia. Platform beli-belah dalam talian ini dilancarkan secara resminya di pusat membeli-belah NU Sentral dengan disaksikan oleh Duta Korea ke Malaysia iaitu En. Cho Byung Jae bersama dengan kehadiran CEO Celcom Axiata Berhad Dato' Sri Shazalli Ramly, CEO 11street Malaysia En. Kim Ho Seok dan CEO SK Planet So Jin Woo.

En Kim Ho Seok memberi jaminan kepada pembeli dengan harga tawaran yang berpatutan dan kompetitif untuk pelbagai produk terkini dan popular dari seluruh dunia juga akan memestikan keaslian produk kerana ini adalah sebahagian usaha mereka untuk menjadi platform membeli-belah dalam talian yang boleh dipercayai dan melindungi para pelanggan daripada terbeli barangan tiruan. Oleh itu juga 11street telah berkerjasama dengan 400,000 peniaga diseluruh dunia untuk memenuhi kehendak pelanggan.

11street di Malaysia di hoskan oleh Celcom Planet Sdn Bhd yang ditubuhkan pada November 2014. Celcom Planet merupakan usahasama diantara Celcom Axiata Berhad dan SK Planet Ltd yang merupakan peneraju pasaran e-dagang di Korea. Celcom Planet akan bertanggungjawab melancarkan portal perkhidmatan jual beli dalam talian pertamanya di pasaran Malaysia.

Selain Malaysia, 11street juga telah dibuka di Turki yang dikenali sebagai n11 dan di Indonesia pula dikenali sebagai elevenia. Wakil pegawai dari kedua negara ini juga turut serta hadir menyaksikan pelancaran 11street MY ini di Malaysia.

Sementara menunggu ketibaan watak utama hadir, Emily Chan yang comel dihadapan peminat. Ketika ditanya pengalaman beliau semasa berlakon dengan Lee Min Ho, Sambil melambai mesra kepada peminat yang telah memenuhi ruang tapak pelancaran, menceritakan bahawa beliau sangat terkejut dan teruja ketika menerima tawaran sebagai Duta Malaysia untuk 11street MY dan apa lagi beliau berpeluang untuk bertemu dan berlakon iklan dengan Lee Min Ho, ianya adalah kenangan yang paling manis dan berharga kepadanya. Debaran sepanjang perjalanan ke Korea dan bertemu langsung bertentangan mata memang membuatkan beliau terkejut kerana mendapati Lee Min Ho memang seorang yang sangat tinggi lampai dan sempat berinteraksi dihadapan peminat untuk membiarkannya meneka ketinggian Lee Min Ho dan peminat dengan gembira mengiakan tekaannya.

Emily juga menceritakan detik-detik beliau berlakon iklan untuk 11street bersama Lee Min Ho. Beliau berkata Lee Min Ho seorang yang peramah dan sangat mengambil berat sambil bertanya tentang dirinya. Emily juga memberitahu bahawa beliau sangat berterima kasih kepada 11street kerana memberi peluang ini kepadanya bukan saja dapat bertemu malah dapat pula berlakon disamping idol pujaannya ini. Dalam kesempatan itu juga Emily memberitahu bahawa beliau akan bakal sibuk dengan beberapa tawaran untuk pengambaran drama tempatan dan selain itu juga beliau akan bakal kembali lagi ke Korea untuk sebuah projek yang masih dalam rahsia lagi. (hmmm...apakah itu..? sama-sama kita mengikuti perkembangan beliau ya..)


Akhirnya kemunculan yang ditunggu-tunggu oleh Minoz Malaysia yang dikabarkan sudah beratur seawal 8 pagi dihadapan pintu masuk Nu Sentral. Lee Min Ho muncul dengan penampilan yang santai dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya walaupun tanpa sebarang make-up. (ya..yaa...person in love ni walaupun x make-up sekalipun memang nampak berseri-seri kebahagiaannya...hehe). Beliau menyatakan kegembiraannya untuk datang lagi ke Malaysia dan bertemu peminatnya. Sambil itu beliau tidak putus-putus membalas lambaian kesemua peminatnya.



Mereka berdua berkata, mereka sering tidak sempat dapat keluar untuk membeli belah oleh kerana kesibukan masing-masing dengan jadual yang padat. Maka dengan adanya 11street ini maka inya memudahkan mereka membeli belah dengan mudah bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada, apatah lagi dengan kemudahan talian internet dan pelbagai barangan yang ditawarkan didalam 11street dengan harga yang sangat berpatutan.



Sesudah itu Lee Min Ho dan Emily Chan bertukar-tukar hadiah yang dibeli mereka melalui talian 11street. Emily telah menghadiahkan sebiji bola kepada Lee Min Ho kerana tahu bahawa Lee Min Ho sangat mengemari bola sepak. Manakala Lee Min Ho pula menhadiahkan sehelai skaf satin dari Korea untuk Emily yang terus dipakai di leher beliau. Sambil berbalas pelukan dengan Emily, beliau menyatakan kegembiraannya bertemu kembali dengan Emily Chan di Malaysia selepas selesai pengambaran mereka di Korea.



Sesi yang sangat ditunggu oleh para peminat iaitu sesi bergambar berkumpulan diantara peminat dan Lee Min Ho. Beberapa peminat Melayu yang cuba bersalaman namum Lee Min Ho menolak dengan baik dan sopan sekali. Malahan walaupun bergambar berkumpulan dan juga solo dengan peminat Melayu, Lee Min Ho sangat berhati-hati, tiada berlaku bersentuhan secara langsung dengan peminat Melayu.  Tahniah diucapkan kepada Lee Min Ho kerana begitu menjaga kesopanan peminat Malaysia dan tahniah juga kepada peminat yang berjaya bergambar bersama dengan Lee Min Ho, impian anda telah tercapai untuk bertemu secara dekat dengan idol pujaan anda.



Diakhir sekali mereka berdua bergambar bersama mengabadikan kenangan dihadapan peminat dan bersama dengan CEO 11street Malaysia iaitu En. Kim Heoseok.

Ribuan terima kasih diucapakan kepada pihak 11street MY kerana menjemput CARI Malaysia untuk menyaksikan pelancaran tersebut.

Artikel oleh : isabel
Photo oleh : Tna dan 11street












Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.546228 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list