London: Seorang remaja yang bekerjasama dengan profesor astrofizik berpengalaman tidak menyangka beliau menemui satu planet baharu ketika menjalankan kajian di universiti tempatnya menjalani latihan. Tom Wagg dari Newcastle-under-Lyme, menjadi pelatih di Universiti Keele, United kingdom dua tahun lalu apabila diminta melihat data projek angkasa antarabangsa. Wagg ketika itu berusia 15 tahun, melihat satu titik kecil umpama kerlipan bintang di hadapan sebuah planet yang melintasinya. Penemuan disahkan Pakar Kini, penemuan remaja berusia 17 tahun itu disahkan pakar astronomi di Eropah yang melakukan kajian lanjutan, menjadikan Wagg individu paling muda menemui planet baru. Bercakap kepada akhbar Stoke Sentinel, Wagg berkata beliau sangat teruja dengan hasil penemuan tersebut. “Ia adalah planet gas yang dikenali sebagai ‘Musytari Panas’ oleh keran ia terletak berhampiran bintang, mungkin ada planet lain di sekitarnya,” kata beliau.
Planet ditemui Wagg direkodkan sebagai WASP-142b dan ia sebahagian projek Pencarian Planet Meluas, kerjasama antara Universiti Keele, UK dan universiti negara-negara lain. Planet tersebut terletak pada jarak 1,000 tahun cahaya jauhnya dari buruj selatan Hydra dan mengorbit bintang. Malangnya, planet yang ditemui tidak dinamakan sempena namanya, sebaliknya diberikan nama lain dalam satu pertandingan. Sumber – TheGuardian majalahsains
|