CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5545|Reply: 11

[Idea] Seribu Hati

[Copy link]
Post time 8-7-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Saat dilahirkan ke dunia, manusia dikurniakan anugerah akal dan derajat yang tinggi yang tiada pada mana-mana makhluk lain. Dengan menambahkan nilai kesabaran dan taqwa, manusia mampu menjadi seorang hamba yang berjaya dari segi lahiriah dan ruhaniah.

Ibubapa yang memelihara seseorang anak perlu memikul tanggungjawab sangat besar yang penting sekali dalam proses pembesaran seorang anak sehingga menjadi insan yang berkualiti.

Matlamat mendapatkan zuriat adalah demi menyambung generasi baik dan bijaksana yang mampu membentuk dunia penuh harmoni.

Ibu bapa yang terawal perlu mengisi diri sendiri dengan kualiti seorang jaguh untuk membentuk anaknya berjaya sebagai hamba yang hebat di sisi Allah.
Hendak mencapai nilai murni ini bukan saja tahap-tahap spiritual yang cemerlang perlu disemai malah tahap kesihatan fizikal yang baik juga diberikan.

Kekurangan cinta kasih sayang mengganggu matlamat seseorang menjadi insan yang berkualiti. Apatah lagi hendak mendidik seorang anak. Antara tanda-tanda kekurangan kasih sayang boleh dilihat seperti berikut:

1. Sering bergaduh, kata-kata kesat, penyebar berita palsu
2. Bermusuhan, dendam, iri hati, baran
3. Kekerasan dan penganiayaan sesama manusia dan makhluk lain
4. Berbuat berbagai kerosakan di atas muka bumi
5. Tamak, cintakan duniawi, takut pada kritikan
6. Mencari perhatian dengan melakukan perkara jelik, tidak beradab
7. Kuat makan, makan hendak sedap, gelojoh, kasar dan ego
8. Suka mencuri, tak amanah, suka bohong
9. Nafsu seks yang melampau, pengotor, pemalas
10. Mudah tergugat dengan kelebihan orang lain
11. Sakit mental, berpenyakit tubuh badan,
12. Sesat dan menyesatkan

Apabila telah mengetahui atau tersedar diri seseorang terserang symptom di atas, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan bertaubat.

Bertaubat dan memohon keredhaan Allah dengan tekad dan serius dapat meningkatkan keimanan dan kualiti seorang hamba. Kerana bertaubat menyucikan diri dari penyakit gila.

Apabila diri telah disucikan dari penyakit gila dan nafsu jelik, maka masukkan pula ruh ruh kebaikan dengan mengembangkan ilmu keruhanian seperti ketuhanan, hukum hakam, dan nilai-nilai akhlak yang baik..carilah erti hidup dengan menjadi seorang pencinta sejati, yang hanya mencintai Tuhannya, yang melihat inti dunia dengan pandangan batin. Kerana jika kau melihat dengan mata zahir, kau tidak akan pernah mengenal cinta sejati. Jangan dibiarkan perompak merampas harta itu dengan cara tidak pernah akan tidur dari mencari ilmu dan kebenaran.

Dalam proses penyucian diri, cubalah menjauhi keduniaan seperti makanan yang tak baik, kesibukan mengumpul harta demi kepentingan diri serta orang-orang yang negatif di sekitarmu.

Dengan menjadi seorang dewasa yang memegang baik amanah, maka sampaikan amanah itu kepada zuriatmu dengan penuh kesabaran, serta berhikmahlah dalam mendidik mereka.

Ibu bapa penjaga wajib memberikan kasih sayang dan keperluan harian hidup, kepada anak yang dijaga seimbang kedua-duanya. Kepentingan memberi sepenuh perhatian dan didikan kepada anak kecil adalah sangat penting bagi mengatasi sebarang masalah identiti dan kecelaruan fikirkan serta akhlak yang buruk di kemudian hari.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 06:54 PM | Show all posts
Suka baca artikel yang penulisan bahasanya betul dan tiada singkatan perkataan.  Tapi apa kaitan tajuk "Seribu Hati" dengan kandungan artikel ya..? huhu

Seribu hati tu maksudnya hati yang penuh dengan kasih sayang ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:48 PM | Show all posts
Cik lang dah baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 23-7-2015 10:54 AM
Suka baca artikel yang penulisan bahasanya betul dan tiada singkatan perkataan.  Tapi ap ...

Seribu hati bermakna hati yang 'hidup' seakan-akan 1000 nyawa pada satu hati.
Makrifat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik_lang replied at 29-7-2015 04:48 AM
Cik lang dah baca


Terima kasih CikLang sudi meluangkan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:34 AM | Show all posts
zcorpilion replied at 30-7-2015 12:29 AM
Seribu hati bermakna hati yang 'hidup' seakan-akan 1000 nyawa pada satu hati.
Makrifat

wow..1000 nyawa pada satu hati...

Thanks beritahu kita makan seribu hati ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2015 12:01 AM | Show all posts
TT interesting article tapi mana reference nya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 04:48 PM | Show all posts
menarik artikel ni. banyak yg aku kena perbetulkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 12:16 AM | Show all posts
kasih sayang boleh membentuk akhlak yg baik kat ank2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:18 PM | Show all posts
(quote) Antara tanda-tanda kekurangan kasih sayang boleh dilihat seperti berikut:

1. Sering bergaduh, kata-kata kesat, penyebar berita palsu
2. Bermusuhan, dendam, iri hati, baran
3. Kekerasan dan penganiayaan sesama manusia dan makhluk lain
4. Berbuat berbagai kerosakan di atas muka bumi
5. Tamak, cintakan duniawi, takut pada kritikan
6. Mencari perhatian dengan melakukan perkara jelik, tidak beradab
7. Kuat makan, makan hendak sedap, gelojoh, kasar dan ego
8. Suka mencuri, tak amanah, suka bohong
9. Nafsu seks yang melampau, pengotor, pemalas
10. Mudah tergugat dengan kelebihan orang lain
11. Sakit mental, berpenyakit tubuh badan,
12. Sesat dan menyesatkan
(unquote)


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 05:43 PM | Show all posts
Pernah baca 1 article tentang bagaimana cara ringkas yang boleh dilakukan setiap hari kepada anak2 utk memastikan meraka sentiasa merasakan ibu bapa memberikan kasih syg yang sama rata kepada adik beradik mereka.

dlm article tu menyatakan:
1. Semasa balik kerja, panggillah dan peluk anak sulong dahulu sblm anak-anak yang lain, Mereka lah yang bertanggungjawab menjaga adik2 semasa kita bekerja. Ia sebagai sebuah penghargaan.

2. berikan sekurang2nya 15 minit tumpuan kepada setiap anak setiap hari. contoh nya bermain bersama anak bongsu dengan barang mainan mereka.

Simple, tp sukar untuk dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.181005 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list