CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5550|Reply: 13

Hati-hati memandu balik raya...

[Copy link]
Post time 11-7-2015 04:31 PM | Show all posts |Read mode
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak
pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah

abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang."
Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju
dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai

ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar.
Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,

Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....
di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya.
Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak?
Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu- mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?"
Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2015 10:26 AM | Show all posts
suspen mulanya.......hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
da pernah baca..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 08:35 AM | Show all posts
hehehe     
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 09:57 AM | Show all posts
hehe..mimpi mainan tdo
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 04:49 PM | Show all posts
penat baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2015 08:36 AM | Show all posts
pernah baca, layan je la sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:08 PM | Show all posts
hahahahahahhahahaa!!! lawakkk. dahsyat tul mimpi camtu skali. penah baca gak dulu and still gelak bila baca lagi skali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 04:58 PM | Show all posts
saspen ai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 09:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:59 PM | Show all posts
saspen sangat ni.. hahha

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.287020 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list