Saya memandu kereta nasional dan masalah yang dihadapi kini adalah kereta terkunci dari dalam dengan sendiri. Perkara itu kerap berlaku mujur saya membawa kunci pendua. Adakah masalah itu berpunca daripada sistem penggera? AHMAD NAZRI, Selangor
Sistem penggera keselamatan kereta mempunyai ciri keselamatan yang akan mengunci kereta dengan sendiri. Namun, masalah itu boleh ditala semula dan anda mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakannya atau sebaliknya. Ada juga sistem penggera yang mengaktifkan sistem kunci berpusat dan mengunci semua pintu kereta apabila brek ditekan selepas kereta dihidupkan. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, semua kawalan itu akan diaktifkan melalui maklumat elektrik dan suis.
Jika menerima maklumat salah berpunca daripada kerosakan pendawaian atau litar pintas, ia bukan sesuatu yang patut anda risaukan. Bagaimanapun, anda disaran supaya sentiasa membawa kunci pendua sebagai langkah keselamatan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69148#sthash.IcKaPn0x.dpuf
|