CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2419|Reply: 8

RM50 juta wang penjawat awam disebat pemaju haram

[Copy link]
Post time 18-8-2015 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam rugi lebih RM50 juta ditipu pemaju haram - CUEPACS
SELASA, 18 OGOS 2015 - 2:19PM
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penjawat awam menanggung kerugian lebih RM50 juta akibat terpedaya dengan tawaran pemaju perumahan tidak berlesen, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Berdasarkan aduan yang disalurkan secara bersemuka dan e-mel, CUEPACS bimbang nilai kerugian akan meningkat jika tiada campur tangan kerajaan.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata majoriti mangsa yang tertipu ialah kalangan askar yang ditawarkan rumah pada harga mampu milik dan kelulusan segera pinjaman perumahan. Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 10 tahun urus niaga pembelian rumah selesai dan potongan gaji dilaksanakan, kediaman yang dijanjikan pemaju masih terbengkalai.

"Deposit berjumlah RM36,000 sudah dibayar ke syarikat pemaju tetapi sampai 10 tahun, hanya tiang rumah yang didirikan. Di Kelantan saja, sebanyak 12 projek terbengkalai angkara syarikat pemaju tidak berlesen.

"Justeru, kerajaan wajar campur tangan dengan mengambil tindakan terhadap syarikat pemaju tidak berlesen ini, selain merangka mekanisme untuk membantu menyelesaikan masalah penjawat awam yang ditipu," katanya pada sidang media hari ini Azih berkata, kerajaan antara lain perlu memantau syarat kelulusan permohonan di peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).

CUEPACS, katanya, bersedia menyalurkan bantuan berkaitan jika kerajaan berhasrat mengadakan rundingan dengan BPP dan JPN untuk menangani masalah penjawat yang ditipu syarikat pemaju tidak berlesen.

"Sindiket penipuan jual rumah ini semakin membimbangkan kerana mereka mencari mangsa hampir di merata tempat, termasuk pasar malam dan pusat beli-belah.

"Kelantan setakat ini merekodkan jumlah mangsa paling ramai kerana hampir 13,000 askar ditipu syarikat pemaju tidak berlesen dalam tempoh 10 tahun. "Selain itu, kegiatan sama turut berlaku di Bukit Beruntung, Selangor, Kuala Kangsar (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih mahu kerajaan mempercepatkan pelaksanaan penetapan gaji minimum daripada RM900 ke RM1,200. Katanya, anjakan gaji untuk 252 skim perkhidmatan di sektor awam itu berupaya membantu penjawat kerajaan untuk menyerap kesan kenaikan kos sara hidup, khususnya di bandar.

"Kita yakin pertimbangan 'kecil' untuk kebajikan penjawat awam yang berpendapatan rendah ini tidak membebankan kerajaan, sebaliknya memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/75613?m=1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2015 11:17 PM | Show all posts
Senarai Semak – 5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Dengan Pemaju
January 14, 2015 — Penulis: Salkukhairi Abd Sukor        
Kategori: Artikel / Hartanah / Pelaburan


Zaman kegawatan ekonomi semakin mendatang. Kuasa membeli semakin kurang. Masing-masing sudah memulakan strategi cara untuk meningkatkan pendapatan. Antaranya dengan memulakan perniagaan. Termasuk membeli rumah untuk tujuan membina aset.

Membeli hartanah bukan semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting yang perlu dilalui. Artikel ini berkongsi senarai semak yang penting kita ketahui sebelum membeli rumah dengan syarikat pemaju. Jangan terlalu rakus membeli, khuatir akan datang, ada masalah yang perlu dihadapi oleh kerana tidak kenal latar belakang pemaju.

1. Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju

Sebelum anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.



Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak digulungkan (wound-up) atau sebaliknya.

Bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).

Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.

Kalau syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.

2. Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju

Saya amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan.

Caranya adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.

  • Melalui semakan tersebut anda boleh tahu setakat mula penubuhannya?
  • Berapa banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dengan sempurna?
  • Berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai?
  • Adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?
  • Adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian?
  • Dan lain-lain maklumat yang berkenaan lagi


Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.

3. Semak Status Lesen Pemajuan Perumahan Pemaju

Sila semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.

Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai.

Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.



Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka keluarkan.

Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).

4. Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju

Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin beli tersebut.

Cumanya, satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.

5. Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum Menandatanganinya

Jika anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah tersebut.

Masa inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab mereka sudah berjaya mengikat anda.



Seboleh-bolehnya, baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik.

Sesetengah Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.

http://www.majalahniaga.com/sena ... -dengan-pemaju.html

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 11:18 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10206941876576118

Afyan Mat Rawi added 2 new photos.
Yesterday at 5:24pm ·

Berhati-hati dengan syarikat ANTARA TROPIKA ini.

Mengaku sebagai syarikat pemaju perumahan dan menjual rumah dengan harga yang murah.

Ia sudah diberi peringatan oleh Jabatan Perumahan Negara.







Buat bakal pembeli rumah kali pertama, soalan yg perlu ditanya pada pemaju:
1. lesen pengiklanan/lesen jualan
2. lokasi pembangunan/geran
3. kelulusan pembangunan
4. lesen drpd kementerian pembangunan dan kerajaan tempatan

Jangan sampai tertipu....... Nanti sampai tua menanggung hutang bank

Orang melayu patut belasah pemaju haram spt kes low yatt & gores dan menang  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 11:49 PM | Show all posts


Misteri Banglo Murah Al-Fonso
Posted by azzmann On August 01, 2015 0 Comment
Soalan

Ada satu sekim membeli rumah misteri Banglo Murah Al-FONSO (bukan nama sebenar) menggunakan bay’ al-salam. Katakan nilai rumah RM220k. Pembeli hanya perlu membayar RM89k untuk menempah rumah yang beharga RM220k tersebut tanpa perlu membayar baki. Pembeli akan menerima hibah bulanan sebanyak RM500 selama 36 bulan. Kalau tak siap dapat balik duit RM89K.

Jawapan

Ia amat mengelirukan. Pertama penggunaan aqad bay’ al-salam dalam pembinaan adalah tidak tepat.  Aqad yang lebih tepat ialah “istisna’”. Kedua kenapa dinyatakan dua harga? Masalah dua harga akan menyebabkan “jahalah” (ketidaktahuan) dan kekeliruan dalam harga. Sekim ini menimbulkan isu dua harga dalam satu transaksi. Walaupun ia adalah hanya satu transaksi jual beli, ia menimbulkan masalah larangan dua jual beli dalam satu yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Sekiranya harga sebenar 220k, tetapi penjual ingin menjual dengan harga yang murah 89k sahaja, hukum asalnya adalah harus, tetapi adakah ia masuk akal. Tidak ada peniaga atau pemaju yang berfikiran waras akan berbuat demikian kerana ia merugikan. Adakah sekim ini betul betul membina dan menjual rumah? Kalau betul demikian modus operandinya, sudah tentu penganjur sekim ini akan rugi. Jadi, jelas kelihatan ada unsur penipuan sekiranya harga sebenar RM220K. Rasulullah SAW bersabada:

(من غشنا ليس منا)

“Sesiapa menipu kami bukan dari kami”

Hukum asal harus menjual rumah dengan harga yang lebih murah menjadi haram kerana ada unsur penipuan.

Atau ia hanya bertujuan meminjam duit, dan membayar hibah, selepas 3 tahun bagi balik modal. Sekiranya ia memang tidak bertujuan membuat rumah, maka duit bayaran tempahan itu dianggap sebagai qard iaitu pinjaman. Mana mana faedah daripada pinjaman adalah riba. Dengan itu hibah bulanan RM500 adalah riba.

Tidak ada penjual rumah atau pemaju yang memberi hibah bulanan sedemikian.

Boleh disimpulkan kalau rumah yang dijual tidak pernah disiapkan, maka jelas sekali ia bukan bertujuan untuk menjual rumah bungalow  murah sebenarnya.  Kalau boleh disiapkan sekalipun, ia masih bermasalah kerana ada disebut dua harga. Kalau hanya satu harga sahaja disebut sebagai diskaun kepada harga sebenar 220k, ia masih bermasalah kerana mengandungi unsur penipuan. Ini kerana munkin 220k itu bukan bukan harga sebenar, munkin juga akan digunakan duit pembeli lain untuk menyiapkan rumah, dan sekim ini seperti sekim- sekim cepat kaya yang lain akan rebah apabila tidak ada pelabur/pembeli baru.

Wallahua’lam

http://drazman.net/2015/08/misteri-banglo-murah-al-fonso/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 11:50 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1/posts/876777622359777:4
Khairul Ezuwan
July 28 at 6:17pm · Edited ·

Strategy Penipu Jujur Jadi Tamak Haloba
(Sila baca sampai Habis Kalau anda tidak mahu jadi Mangsa mereka)
===============================

Knonologi :-

1. Saya ambil deposit cash RM100K daripada seseorang yang mana Saya berjanji Akan membelikan satu harta yang bernilai RM400K dalam tempoh 3 tahun.

2. Setiap bulan Saya bagi wang saguhati sebanyak RM500 selama tiga tahun sehingga harta yang dijanjikan diserahkan kepada orang tersebut.

2. Kami membuat perjanjian bahawa Jika Saya tidak dapat menunaikan janji mengadakan harta tersebut dalam tempoh 3 tahun, Saya perlu memulangkan modal RM100K orang tadi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Tamat perjanjian.

4. Saya mencari 100 orang pelabur dengan amaun yang sama RM100K . Oleh itu sekarang Saya mempunyai kekuatan tunai RM10,000,000. (FASA 1)

5. Saya gunakan sebahagian besar duit ini untuk mempelbagaikan business saya seperti hartanah, perkilangan, dan pelbagai industry lain dan mengharapkan pulangan modal yang cepat Dari perniagaan tersebut, paling mudah joint venture dengan syarikat lain kerana syarikat yang lebih stabil.

6. Biasanya dalam setahun dua Saya tidak Akan memperolehi keuntungan yang besar. Bila cukup dua tahun, Saya perlu bersedia untuk memulangkan kembali modal 100 orang tadi dengan RM10,000,000 , Tapi modal Saya telah tertanam dalam segala business tadi . Kenapa Tak bagi harta yang seperti dijanjikan mula-mula tadi? Sebab saya dah ada agreement yang menyatakan Jika Saya bermasalah dan ada halangan untuk melunaskan janji tersebut, Saya perlu memulangkan semula modal asal sahaja kepada 100 orang tersebut. Pelbagai alasan Saya boleh bagi.Lagipon orang yang rasa tertipu, diorang nak modal balik jer pon. Tapi masa ni saya kusut sebab Saya sudah tiada wang yang cukup untuk pulangkan modal RM10,000,000 disebabkan pusingan modal tertanam dalam pelbagai business. Jika Saya tidak langsaikan, perjanjian tersebut akan memerangkap saya untuk didakwa melanggar perjanjian dan dicop penipu. Saya Tak nak cop tu walaupon Saya sedar Saya sedang menipu.

7. Waktu ini Saya terpaksa mencari lagi peserta baru seramai 200 orang pula. Saya ulangi langkah (1.) = RM100K x 200 unit = RM2,000,000, (FASA 2) . Cuma tempoh perjanjian Saya panjangkan sedikit kepada 4 atau 5 tahun dan saguhati bulanan Saya kurangkan sedikit jadi RM250 .Waktu ini Saya menggembar-gemburkan FASA 1 sedang dalam proses terakhir untuk harta tersebut diadakan. Saya menggunakan Teknik menaikkan harga Jika Pembeli lambat bertindak menempah unit berkenaan, melalui Teknik ini orang ramai Akan berebut-rebut membeli sebab takut harga yang sedang meningkat.

8. Dari RM20,000,000 yang Saya dapat tadi, Saya pulangkan modal 100 orang (FASA) pertama RM10,000,000 bila tempoh due untuk pemulangan semula. Dari pemulangan modal ini, Saya terlepas Dari undang-undang kerana Saya berjaya memulangkan modal peserta mengikut perjanjian yang ditandatangani.

9. Baki lagi RM10,000,000 Saya Akan pecahkan kepada pusingan modal business contoh RM5,000,000. Yang lagi RM5,000,000 Saya akan gunakan untuk cover saguhati bulanan kepada pembeli (FASA 2) dan ini Akan menutup mulut mereka selama 4 @ 5 tahun tersebut sebelum tarikh perjanjian serahan harta yang Saya janjikan.

9. Waktu ini , Pembeli (FASA 2) sudah tahu ketidakmampuan Saya melunaskan harta yang Saya telah janjikan sebab (FASA1) telah gagal. Tetapi mereka tidak Boleh berbuat apa-apa kerana mereka terikat dengan surat perjanjian 4 atau 5 tahun lagi untuk Saya memulangkan modal mereka. Saya terlepas sementara Dari undang-undang.

10. Dalam tempoh tersebut Saya mengharapkan business yang saya lakukan maju dan mendapat keuntungan yang besar. Hanya Ada 2 kemungkinan, samaada business Saya berjaya atau gagal . Jika gagal Saya Akan terperangkap dengan perjanjian dengan (FASA2) tadi.

11. Saya menjangkakan business Saya mendapat keuntungan dengan NAV RM50,000,000. Bila Tamat tempoh perjanjian dengan (FASA2), sekali lagi saya bagitahu, Saya tidak mampu untuk mengadakan harta tersebut. Oleh itu mengikut perjanjian, Saya hanya perlu memulangkan modal asal RM20,000,000. Mereka ini hanya mengharapkan modal mereka kembali dan memuji kejujuran saya dengan berusaha memulangkan modal mereka. Dengan itu Saya terlepas Dari tindakan undang-undang dan Nama saya bersih.

12. Dengan menggunakan modal yang besar daripada orang ramai Saya mampu mengumpul kekayaan bernilai RM30,000,000 dalam tempoh 7 ke 8 tahun sahaja.

13. Tapi Kalau Saya Ada RM50,000,000 tadi Saya mungkin jadi tamak untuk tidak mahu memulangkan RM20,000,000 tadi dengan membuat agreement yang mungkin agreement tersebut boleh jadi terbatal dengan klausa-klausa tertentu yang Saya boleh rangka Dan Saya terlepas Dari Undang-undang Jika didakwa kelak. Saya rasa Tak mahu bagi sebab duit tu Dah lama ada dengan Saya Dan Saya Dah rasa semuanya adalah HAK saya. Inilah perasaan Tamak Haloba yang buat manusia terlupa dan ternoda.

🔘 Nampak kelicikan mereka? inilah antara trend yang digunakan oleh kebanyakan penganjur skim cepat kaya menjalankan operasi mereka Cuma kaedah yang digunakan sedikit berbeza dan berselindung di pelbagai jenis perniagaan yang wujud dan sah.

⭐ Viralkan status ini kepada seluruh rakyat Malaysia supaya semua orang tahu Teknik penipuan ini dan tiada siapa lagi yang boleh menipu sebab semua orang dah belajar cara nak menipu. Tiada siapa lagi boleh Tipu Sesiapa Dan skim cepat kaya boleh lumpuh dengan sendirinya. Insyaallah. Aqal yang Allah kurniakan pada Kita gunakanlah kepada Arah kebaikan, bukan Aqal dan keistimewaan Aqal yang diberi untuk menganiaya orang lain, Ingat!! Balasan Allah SWT lebih hebat menanti.

-KEY-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 11:52 PM | Show all posts
alfafa tipu............ jgn terjebak...... nanti hidup menanggung hutang  




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2015 11:53 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206811129307518&set=a.2000489422600.117977.1554505576&type=1&theater



Afyan Mat Rawi
July 30 at 8:48am ·
MISTERI BANGLO MURAH INI LEBIH MENYERAMKAN BERBANDING MISTERI VILLA NABILLA
Ini peringatan yg pernah dikeluarkan oleh KPKT sejak tahun 2013, berkebetulan apabila sebuah Projek Banglo Murah dilancarkan.
Boleh rujuk di sini:
www.kpkt.gov.my/…/ind…/user_1/media_akhbar/SM_Peringatan.pdf


Ada yg persoal;
"Kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap syarikat itu?"

Jawapannya ialah;
Belum berlaku sebarang kegagalan / penipuan berlaku.


Sebab apa yg berlaku ialah sebuah projek perumahan yg dijangka siap selepas 3 tahun, dan pembeli perlu bayar 100% harga rumah.

Jadi, selagi mana tempoh itu tidak tamat selagi itu tiada mangsa yang akan mendakwa mereka ditipu.


Sebab itu KPKT hanya berikan peringatan sebab mereka tahu bahawa harga yg ditawarkan adalah tidak masuk akal.


Ia "too good to be true".


Dan dalam mana-mana bisnes atau skim yang "too good to be true", orang-orang yg sertai pada peringkat awal akan menerima habuan mereka.


Designer skim ini memang bijak, sebab letakkan tempoh 3 tahun sebagai tempoh "estimate time arrival" atau ETA.


INGAT LAGI SKIM EMAS DELAY? Skim emas delay / ETA oleh Tok Wan Hang dahulu...


Skim ini memberi pulangan yg cukup lumayan dan ia sebenarnya "too good to be true".


Dalam skim emas ETA ini, sentimen agama dan bangsa digunakan apabila ada yg mempertikaikan.


Siapa yang mempertikaikan akan dicop sebagai pendengki bisnes orang lain, penjatuh bisnes orang Melayu dll.


Setiap kali pusingan ETA, ada sahaja yang untung besar maka semakin ramai yg sertai.


Apa yang berlaku ialah, setiap kali orang baru masuk skim, duit itu digunakan utk membayar orang yang lebih awal.


Pusingan itu terus berjalan dan berjalan, berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya sistem tersontot.


Sistem itu mirip skim piramid, yang orang awal akan untung sementara orang bawah bakal menjadi mangsa.


HANYA apabila tersontot barulah akan wujud MANGSA yg kemudiannya menyesal, membuat laporan polis dan sebagainya.


BEGITU JUGA DALAM KES INI. Rumah masih belum siap (kononnya) dan tempoh 3 tahun masih belum sampai.


Selagi itu belum wujud MANGSA dan selagi itu tindakan tidak boleh diambil.


Jika saya sebagai pemilik syarikat, saya akan pastikan projek perumahan utk pembeli-pembeli awal dapat disiapkan apabila sampai masanya.


Sebab ia akan menambah keyakinan utk prospek pembeli baru.


Jadi, jika anda percaya - teruskan, bukan duit saya pun smile emoticon


Apapun, usah biarkan diri anda diselubungi misteri....

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:35 AM | Show all posts
too good to b true...tapi still ada yg tertipu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2015 11:25 PM | Show all posts
baby_pingu replied at 19-8-2015 11:35 AM
too good to b true...tapi still ada yg tertipu..

jerat tidak pernah lupakan pelanduk  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070251 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list